Apa guna jadi Menteri Media yang memerintah negara ketika ini. Adakah pihak swasta lebih berkuasa dari kementerian multimedia ini?
Jika kita ingin menunjukkan bahawa kerajaan Madani ini adalah kerajaan yang bertolak ansur tetapi para lebai walaun yang maki hamun kerajaan hatta PM sendiri dihentam maka itu bukan tolak ansur. Itu bukan kerana pihak swasta, tetapi lemah lembab dan tiada daya usaha untuk mencegah.
Fahmi yang kebanyakkan rakyat sedang menyumpah dengan pretasi beliau masih lagi terhegeh hegeh dalam mengendalikan hal ini dan dilihat lembab serta lemah.
Gagal mengekang serangan tiktokers walaun dan PN dilihat gagal dalam tanggungjawab beliau. Tak malukah kamu bergantung pada probono yang siang malam melawan fitnah pembangkang. Kamu senang senang goyang kaki lagi. Ingat jadi menteri hadap rasmi sana sini kah ?
Kalau dilihat di astro oasis para penceramah termasuk azhar idrus masih lagi bagi ceramah ? Salah kah..tak salah. Tapi masih banyak lagi yang boleh diambik dari walaun lebai yang maki hamun kerajaan siang malam. Hang jadi menteri . Akai hang letak mana ? Kuasa yang ada kenapa tak guna..owh pihak swasta. Kenapa tak runding elok elok. Menteri kot. Banyak lagi penceramah yang boleh diambil oasis. Dato ustaz Samsuri. Dato Ustaz kazim, Dato Badrol, Banyak lagi yang boleh diambil. Cumanya Oasis suka yang maki kerajaan ? Tak boleh pikir kah bila pegang jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia ,maka tugas memantau dan mengambil tindakan ada tanggungjawab Menteri.
JKOM
Sampai la ni diam. Entah kemana peranan jkom bila diletakkan dibawah menteri tak berfungsi. Senyap..akhbar dibawah menteri juga kah ? Pun diam. Slow tak menarik.
Patut akhbar tu dijadikan rujukan kepada media lain. Takat keluar berita online 5 story sehari, probono tak berbayar puloh beras ribu pun buat selamba ja...Bila PM ada dari PKR bermakna Suara Keadilan harus digerakkan dengan lebih agresif dan jadikan ia sumber utama. Nak gerak macamana kalau akhbar online pun sumber terhad dan kakitangan juga sekadar ada 2@3 orang..kah..kah...memalukan la woiii...
Peranan dan tugas JKOM ni nak kena tangkis peranan puak puak PN yang hari hari sebar fitnah dan persepsi. Kalau harap rakyat jadi cersik ,tapi kerajaan pula ada peranan melalui media masa, selain perlu menangkis serangan puak puak khawarij dan persepsi PN, Jkom perlu punya team yang tahu membalas serangan dan membela kerajaan. Bukan dok diam tak berbuat apa apa. Team pula bukanlah team yang lesu dan nak sakaw duit saja, tapi peranan perlu kepada memperkenalkan kerajaan Madani ini seluruh rakyat. Bila rakyat faham, maka rakyat tak mudah terima propaganda pembangkang.
Malangnya peranan ini tidak menonjol. Sedangkan bagi yang selalu mengikuti dan penyokong faham betapa PMX telah berusaha keras dalam banyak bidang. Bantuan,penambahbaikan pelaburan, bantuan kepada rakyat, pun masih lagi rakyat tak puashati. Sebab apa ? Sebab penyampaian kerajaan lemah.