Fahmi Fadzil
Peguam saya telah cuba untuk hubungi individu bernama Wan Muhammad Azri sejak beberapa bulan lalu. Ini berkait kenyataan fitnah yang dibuat individu tersebut terhadap saya sebelum PRN Ogos lalu.
Oleh sebab surat saman ini tidak dapat diserah tangan kepada beliau, Mahkamah telah memutuskan pada 6 November 2023 supaya peguam saya menyerahkan pemakluman secara penyampaian ganti (‘substituted service’).
Oleh itu, hari ini, notis tersebut telah diterbit dalam surat khabar The Star.
Harap maklum.