STATISTIK PENGGUNAAN LRT KE KONSERT COLDPLAY




Semua stesen ke stesen Bukit Jalil

Hari biasa: 1,200 penumpang - 4,100 penumpang

Konsert Coldplay (22 Nov): 50,200 penumpang


Stesen Bukit Jalil ke semua stesen:

Hari biasa: 1,000 penumpang - 3,600 penumpang

Konsert Coldplay (22 Nov): 36,400 penumpang


Open data kat DOSM yang sedang dipamerkan oleh Kerajaan Perpaduan seperti ini membolehkan orang awam meneliti isu-isu semasa secara lebih terperinci, selain membantu kerajaan membuat dasar-dasar ekonomi secara lebih terperinci mengikut keperluan pelbagai lapisan masyarakat berlatar belakang berbeza.


Perbezaan 50,200 - 36,400 adalah sekitar 15,000 penumpang.

Dijangka 15,000 yang naik LRT ke Bukit Jalil dan tidak mengambil LRT pulang ke rumah telah give up lalu memesan e-hailing.


Dalam satu malam je, oleh kerana satu event, sekurang-kurangnya 15,000 trip Grab dipesan, seterusnya memberi manfaat ekonomi kepada 15,000 Abang Grab, di mana di antaranya termasuk golongan yang mengecam konsert Coldplay.


15,000 trip ini tidak termasuk puluhan ribu trip dari stesen LRT selepas Bukit Jalil ke kediaman masing-masing.


Kat SNBJ, peniaga-peniaga minuman dan makanan menerima sales mencecah terkumpul mencecah ratusan ribu ringgit.


75,000 berbelanja RM10 setiap seorang = RM750 ribu. 


Coldplay mencatat 75,000 kehadiran, iaitu rekod tertinggi dalam sejarah SNBJ.

SNBJ dengan 75,000 kehadiran pula, mencatat rekod kedua kat seluruh dunia, di belakang Croke Park, Dublin, Ireland pada tahun 2017 yang mencatat kehadiran 80,000 kehadiran.


Apa pun kumpulan “holier than thou” nak kecam dan meroyan, rumusannya konsert Coldplay telah memberi manfaat ekonomi. Padang rosak, trek koyak, apa pun, penganjur boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar ganti rugi. Kontraktor dapat job, pekerja-pekerjanya dapat job.


In short, Coldplay came like kings and left like legends.


🤘🏻🤘🏻