Untuk mempertahankan kemungkaran di negeri mereka, mereka kata ini adalah kebudayaan dan program agama budha.
Cis..sejak bila budaya siam begitu dan sejak bila ajaran agama budha begitu?
Kononnya negeri mereka meraikan kepelbagaian dan memupuk keharmonian pelbagai kaum.
Walhal sekali lihat kita tahu, ini bukan tarian kebudayaan. Ini adalah tarian seksi melampau.
Ini melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan.
Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang melarang persembahan oleh wanita di atas pentas, yang ditonton kaum lelaki.
Ada juga mendakwa ianya telah berlangsung sejak zaman TGNA. Ini fitnah, saya yakin tidak pernah berlaku.
Sekarang kita nilaikan sendiri sikap mereka. Bukan sahaja tak berani mengaku salah, malah tidak berani menolak konsert yang terang-terang mencolok mata.
Hati siapa mereka sedang jaga sekarang?