GOOD, BAD AND THE UGLY



24 Nov tahun lalu kita berpeluh menunggu. Siapa yang naik jadi Perdana Menteri ke-10. Pagi itu, masih lagi samar2 tindakan politikus. Apa pun boleh terjadi. Namun diakhiri di Istana Negara bila DSAI menjadi Perdana Menteri. 


Saya masih ingat hari itu, hari jadi saya yang ke-41. 5 hari tak tidur lena, apa akan jadi pada negara. Namun setelah Perdana Menteri dilantik, kita tarik nafas lega. Harapkan hanya yang terbaik. Bila semua orang politik berbaik2. 


Pejam celik, setahun sudah berlalu. Posting ini nukilan saya untuk the GOOD, BAD and the UGLY, pemerintahan PMX setahun ini. 


GOOD 


1. Ini PM yang zuhud sekali. Satu2nya PM yang bekerja tanpa gaji, dan tolak guna Mercedes. Buka pintu Seri Perdana untuk kuliah agama. Serba serbi sederhana. 


2. Barisan Menteri paling sikit yang kita pernah ada. Walaupun Kerajaan ini ada 18 parti dalamnya. Kalau ditanyakan saya, bukan kerja senang ya, nak uruskan parti politik, dengan segala tamak mereka. Kerana tiada lelongan jawatan, scheme of things untuk kuasa, makanya bab ni kita boleh puji la. 


3. Ini PM back to basic. Dia tengok isu trivia. Isu penjaja dan peniaga, isu tandas sekolah dan segala infra. Tiada lagi PM sebelum ini yang melihat kepada perkara mikro, kecuali PMX. Mungkin nampak remeh kepada lawan, tapi sangat bererti kepada rakyat terbanyak. 


4. Satu2nya PM yang ada political will untuk rasionalisasi subsidi. Walau tahu mungkin boleh buat hilang kuasa, dia bulldoze sahaja. Subsidi tidak produktif ini sekarang melemahkan negara. Beliau pikirkan anak2, taknak mereka tanggung hutang kita. Pada saya, itu lainnya. Bila pemimpin memikir generasi masa depan, dengan risiko hilang kuasa, wajib kita sokong jua. 


BAD 


1. Tidak boleh disangkal, Kerajaan ini terlalu berhati2, buat benda lambat sekali. Menteri KPDN sebuah portfolio penting sampai sekarang tak diisi. Kalau tanya di sektor korporat, ramai lagi tunggu dan lihat. Dasar dan pelaksanaan perlu segera dibuat. 6 bulan orang boleh maafkan, tapi kalau dah setahun dan beyond masih tak move, ekonomi boleh merudum. 


2. Post PRU15, saya sokong Kerajaan Unity untuk buat 2 benda, reform dan perbetulkan isu rasuah dalam negara. Namun nampaknya, kes rasuah banyak politikus saja yang kena. Bagaimana reform struktur dan institusi. Ketuanya pun tak ditukar lagi. Yang keduanya, sebab janji reformasi, yang orang lain nak buat pun tak berani. Kita ada 4 tahun dan kita nanti. 


UGLY


The Ugly masih dunia politik. Politikus bukan buat kerja nak bina negara. Ramainya, nak dapat dan kekalkan kuasa. Tebuk atap dan curi sokongan pihak lawan jadi dambaan kedua2 belah. Dunia politik masih lagi tak stabil walau Kerajaan sudah ada 2/3. Pelbagai usaha dibuat dan dicanang nak jatuhkan ia. Pemimpin2 kita jenis kalah tak berlapang dada. Ini akan menjejaskan negara. 


*************************


PMX personally pada saya, bila sudah jadi Perdana Menteri, dia nak mendaki lebih tinggi. Dia tahu masanya terhad, makanya di peringkat ASEAN dan OIC beliau perlu appear kuat. 


Kita sokong lah dia buat begitu, tapi negara kena dahulu. Kalau pasukannya kuat dan auto pilot sudah, dia nak champion peringkat serantau orang tak kisah. 


Kita tahu dia rajin, bergerak sini sana. Namun nampak macam dia lone ranger. Menteri lain tak terkejar dia. 


Adakah saya kritik ini, tunjukkan saya nak Kerajaan lain pula. Mintak simpang buat masa ini. Kita dah tobat Kerajaan tumbang banyak kali. 


Menegur bukan makna membenci. Menyokong itu bukan hanya sentiasa memuji. 


Sebagai Pengundi, setia kita kepada negara bukan kepada parti. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki