BILA MENULIS DAN BERFIKIR TAK GUNA OTAK....SIAPA LAGI.,..

 





Hm... Tujuan boikot supaya syarikat itu rugi agar tak dapat lagi beri sumbangan untuk Israel. Kan? Bila syarikat rugi, memang biasanya beberapa langkah kawalan perlu diambil.


Jadi kenapa nak melenting bila syarikat yang kena boikot potong gaji atau cutikan pekerja? Itu langkah biasa bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.


Aku tak sokong mahupun tentang boikot ni. Bagi aku itu pilihan peribadi. Cumanya, bila kita dah pilih nak boikot, jangan marah bila syarikat yang diboikot tu ambil langkah kawalan begini.


Cutikan dan potong gaji adalah langkah awal. Jika kerugian terus melanda, mungkin mereka terpaksa berhentikan pekerja pula.


Sekarang sebagai langkah kawalan dari pihak yang memboikot, bantulah pekerja-pekerja yang terkesan ini dengan carikan mereka pekerjaan yang baru..


Kalau ada duit, boleh buat bisnes alternatif kepada syarikat yang diboikot tu dan ambil pekerja mereka bekerja. Begitulah caranya. Bukan merungut. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.