BILA HANGPA HILANG KUASA .MODAL PUN HABIS.

 

Hentikan konsert kerana simpati rakyat Palestin?


Rakyat Palestin dibantai zionis ni bukannya bermula  7 Oktober baru ni. Mereka dah disiksa, pembersihan etnik dah berlangsung semenjak dari 1948 lagi. Dah hampir satu abad dah.


Tak pernah lagi, semenjak Nakbah yang pertama, rakyat Palestin merasa hidup yang sempurna. Gaza dah berpuluh tahun jadi penjara terbuka (open-air prison). Bukan baru ni je.


Dah selama-lama ni mana simpati? Macam-macam konsert berlangsung. Masa lebai berkuasa pun tak sedikit konsert dianjurkan. Walaun pun tengah syok berzumba. Masa lebai memerintah, rakyat Palestin tengah bahagia ke?


Aku bukan peminat Coldplay. Aku tak minat konsert pun. Aku pun pelik orang sanggup bayar tiket mahal setakat nak tengok 'orang lidi' atas pentas. Tapi tak payah la nak politikkan isu konsert ni dan dikaitkan pula dengan Palestin.  


Sebenarnya semua ini disebabkan lebai kehilangan kuasa je. Walaun tunggang isu ni nak hasut rakyat benci kerajaan. Itu je. Nampak tak betapa hipokrit puak-puak penunggang ni? Agama sudah, Melayu pun sudah, sekarang dia tunggang Palestin pulak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.