Rafizi Ramli
Terima kasih orang Sabah dan kerajaan Negeri yang menyambut baik IPR INTAN di Sabah.
Salah satu tapak IPR INTAN adalah di Kota Marudu, Sabah. Projek IPR INTAN di Kota Marudu ini memanfaatkan tanah pertanian seluas 200 ekar dengan tanaman nanas MD2.
Seramai 76 peserta kini terlibat secara aktif di lokasi tanaman yang dibimbing oleh Lembaga Industri Getah Sabah dan dengan nasihat teknikal daripada syarikat swasta tempatan.
Sehingga pertengahan Oktober 2023, kawasan seluas 26 ekar daripada perancangan 200 ekar telah ditanam dengan 390 ribu pokok nanas, dan dijangka akan mengeluarkan hasil pertama sebanyak 500 tan pada suku keempat 2024.