Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berharap siasatan dijalankan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng akan dapat membantu pihak berkuasa mendapatkan kembali aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Objektif utama bagaimana dia boleh membantu mengenai usaha mengambil aset milik rakyat kerana pembabitan dalam Goldman Sachs.
"Tempoh masa (berada di Malaysia) tiada, tertakluk kepada kepantasan pasukan agensi penguat kuasa kita.
"Tuduhan (terhadap Ng) bergantung kepada hasil siasatan," katanya dipetik semalam
Ng dilapor tiba di negara ini dari Amerika Syarikat (AS) tengah malam Ahad lalu. Pihak polis kemudian mengesahkan perkara itu namun tidak mendedahkan lokasi Ng atas faktor keselamatan.
Ng sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat, kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB.
Difahamkan dia akan berdepan tuduhan berkaitan jenayah itu di negara ini.