PRK Jepak: KEADILAN tidak bertanding jaga kestabilan politik


 Parti Keadilan Rakyat tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak yang akan diadakan pada 4 November ini kerana mahu menjaga kestabilan politik negara.



Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, biar pun kerusi DUN Jepak sering ditandingi KEADILAN namun atas nama Kerajaan Perpaduan pada kali ini, KEADILAN tidak meletakkan calon.



"KEADILAN Sarawak tak bertanding di PRK Jepak kerana menjaga perpaduan dan kestabilan politik negara," katanya dalam kenyataan.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_83ae89d74c0f479e8078b827e28ea4bc~mv2.jpg/v1/fill/w_360,h_240,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_83ae89d74c0f479e8078b827e28ea4bc~mv2.jpg

Roland Engan



Beliau berharap dengan dengan kerjasama antara pelbagai komponen parti di Sarawak akan melipatgandakan perjuangan membela rakyat yang masih banyak belum direalisasikan.



"KEADILAN Sarawak tidak bertanding bukan kerana mengiktiraf hanya parti tertentu sahaja terbaik yang diyakini mentadbir Sarawak



"(Namun) ada banyak yang masih perlu dilakukan untuk pembangunan adil di Sarawak. Demi Sarawak, KEADILAN Sarawak tetap setia pada perjuangan rakyat Sarawak meskipun tidak meletakkan calonnya untuk DUN Jepak kali ini," katanya lagi.



Kerusi DUN Jepak kosong setelah penyandangnya Datuk Dr Talib Zulpilip meninggal dunia pada 13 Septeber lalu.



Dalam penamaan calon pada Sabtu lalu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) berdepan saingan tiga penjuru.



GPS yang mencalonkan Iskandar Turkee, 54, berdepan tentangan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang, 42 dan calon Parti Aspirasi Rakyat (ASPIRASI), Chieng Lea Phing, 62.