Oleh: Abdullah Zaid
Peruntukan sebanyak RM3 bilion bagi projek pengairan diluluskan
bagi memperkasakan projek penanaman padi lima musim dalam tempoh 2 tahun
berskala besar di MADA.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan , Datuk Seri Mohamad
Sabu berkata, projek itu antara lain merangkumi infrastruktur sistem pengairan
dan jalan sawah bagi seluruh 231,000 ribu hektar kawasan agensi pertanian itu.
"Inisiatif itu bagi meningkat pengeluaran padi dan kadar sara
diri (SSR) negara dengan skop yang terlibat dibawah pelan ini ialah pembangunan
dan penyelenggaraan 100 blok sistem pengairan di kawasan MADA.
"Selain itu, peruntukan tersebut turut melibatkan projek
pemulihan Empangan Pedu dan penyelengaraan Skim Pemindahan Sumber Air Jeniang
Fasa 2," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari
ini.
Mengulas lanjut, Mohammed Sabu berkata pelaksanaan inisiatif
tersebut dalam proses penilaian perolehan melibatkan swasta.
Jelasnya, kaedah perolehan tersebut dilakukan melalui kaedah
'request by proposal'.
"Kerjasama awam dan swasta di kawasan MADA akan dibiayai
sepenuhnya oleh swasta yang akan dibayar kepada kerajaan semula selepas projek
siap dan dijangka bermula pada tahun hadapan hingga 2025," ujarnya.
Bagi memastikan keterjaminan padi negara, Mohamad Sabu
mengingatkan semua pihak untuk berganding bahu supaya kebergantungan negara
pada bahan makanan import dapat diatasi.
"Katakan lima tahun lagi tiada siapa yang hendak jual beras
kepada kita, jadi semua kena berusaha untuk cukupkan beras negara, ia ada
tanggungjawab semua," jelasnya.