Adrian Lim
Golongan B40 yang membantah subsidi bersasar atau menyokong subsidi pukal adalah golongan bodoh yang selayaknya kekal sebagai B40 buat selama-lamanya.
Di bawah sistem subsidi pukal, golongan mahakaya yang mempunyai berpuluh biji kenderaan mewah adalah golongan yang terrrrrrrrrrrrpaling menikmati subsidi pukal.
Ini kerana penggunaan bahan api dan petrol oleh golongan mahakaya adalah jauh lebih tinggi berbanding golongan B40. Maka subsidi yang dinikmati oleh golongan mahakaya adalah jauh lebih besar berbanding golongan B40 bawa kapcai.
Jika kerajaan ini benar-benar sebuah kerajaan reform, maka subsidi pukal harus dirobek. Peruntukan subsidi yg sedang dinikmati oleh golongan mahakaya harus dipindah kepada golongan B40. Boleh dalam bentuk tunai secara bulanan.