KAH..KAH..KAH..PUNYA LA MISKIN MINDA.....

 


Walaun ni macam biasa la. Income B40, nafsu T20. Sebab tu walaupun Bajet Madani lebih 'merugikan' golongan T20, tapi walaun yang rata-rata B40 yang terlajak bising.


Paling bising pasal kenaikan cukai perkhidmatan dari 6 ke 8%. Mula-mula sekali, dia pun tak reti beza antara SST dengan GST. SST dikenakan pada jualan dan perkhidmatan, bukan pada barangan.


Cukai jualan dikenakan pada pengeluar, bukan pada pengguna. Eh dia kata pula nanti bila kos pengeluar naik, dia akan naikkan harga barangan yang dijual.


Kita terangkan lagi, cukai jualan tak naik. Yang naik cuma cukai perkhidmatan. Itu pun pengecualian kepada F&B dan telekomunikasi. Maknanya, kalau pergi makan di McD atau mamak, dan bill telefon atau prepaid tak ada perubahan.


Yang naik tu macam sewa hotel, bilik karaoke dan sebagainya. Walaun ada ke check in hotel tiap hari? Ada layan karaoke tiap hari ke? Dah tu kenapa nak bising?


Tak puas hati lagi, dia kata pulak bill elektrik pun ada caj cukai perkhidmatan. Maknanya dorang pun akan kena juga. Adoi la walaun...


Bil elektrik yang kena caj perkhidmatan kalau guna banyak je. Kalau bawah RM235 sebulan (tak silap aku), tak kena pun cukai tu. Bil elektrik walaun tinggi mana? Duduk istana ke?


Ini la akibat termakan cakap lebai tanpa nak check dulu fakta. Lebai tu T20 walaun oi. Dorang salam kaut je berapa banyak dapat. Duduk hotel memang selalu. Pakai pun Vellfire, jenis minum petrol. Sebab tu bising. Korang bukan level lebai.


Bil elektrik aku hampir RM700 sebulan. Bermakna aku akan kena tambahan kos dalam RM10 - RM15 sebulan. Tapi tak apalah. Aku terima. Peliknya aku tak bising tapi walaun pulak melebih.


Tahun depan mungkin aku pun tak dapat subsidi petrol lagi. Memang sakit. Tapi nak buat macam mana. Kerajaan sebelum ni yang walaun sokong tu dah sakau banyak duit. Jana wibawa la, duta gaji buta la. Hutang bertambah melampau-lampau.


Bila tengok belanjawan ni, banyak untuk sekolah, pendidikan, membantu orang miskin, pembangunan semua, aku pasrah. Terpaksa aku relakan. Pandai la aku adjust budget aku tahun depan.


Memang kalau ikutkan pedih juga. Income tax dah bayar banyak, tapi subsidi tak dapat. Tapi kita nak bina negara untuk anak cucu cicit kita. Kalau tak begini, negara mungkin bengkrap.


Kalau negara bengkrap, apa yang akan terjadi pada keturunan kita nanti? Aku tak sanggup bayangkan. 


Dan anak-anak aku yang masih sekolah pun belum tentu akan jadi T20. Mungkin M40. Malah mungkin juga B40. Kalau aku masih nak tamak hari ini, anak aku akan terima akibatnya hari esok.


Tolong berfikiran jauh. Fikirkan masa hadapan. Negara ni bukan kita punya. Kita pinjam dari anak anak kita. Kalau kita tak pelihara, takkan kita nak pulangkan sebuah negara yang rosak pada mereka? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.