Semalam, FMT memetik Abu Bakar sebagai berkata antara isu yang melatari konflik dalaman PAS Perlis terkait dengan "kefahaman agama" selain susun atur gerak kerja dan pentadbiran negeri.
PAS Perlis dilaporkan sedang bergolak dan ia didedahkan oleh pemimpin kanan Bersatu negeri itu hari ini.
Menurut Abu Bakar Hamzah antara isu yang melatari konflik dalaman PAS itu ialah terkait dengan "kefahaman agama" selain susun atur gerak kerja dan pentadbiran negeri.
Dipetik FMT, pengerusi Bersatu Perlis itu mendedahkan keadaan tersebut memang meletakkan mereka berada dalam keadaan tidak selesa di sebalik kedudukan kedua-dua parti bersama dalam PN.
“PAS sedang bergolak di Perlis, tidak ada keselarian dan kesaksamaan dalam kalangan kita," katanya dipetik portal berita berkenaan.