PMX
Saya telah menerima kunjungan hormat seramai 16 Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang akan memulakan tugasan di negara penempatan.
Apakala sesi di pejabat saya itu, kami sempat bertukar-tukar pandangan tentang dasar dan hala tuju Kerajaan terhadap hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara yang berkenaan.
Saya juga telah berkongsi aspirasi dan perspektif berkenaan isu-isu domestik yang menjadi keutamaan Kerajaan buat masa ini, terutamanya setelah Belanjawan 2024 Malaysia MADANI dibentangkan pada 13 Oktober 2023.
Sekalung penghargaan diucapkan dan selamat maju jaya kepada semua yang telah dilantik, moga dapat menggalas amanah yang diberikan dalam mengangkat imej, reputasi dan martabat negara ke peringkat lebih tinggi di persada antarabangsa, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI