BAGUS JUGA KALAU TAK MAHU...TUMPUKAN KEMAJUAN NEGERI NEGERI PH BN...

 





Kala pembangkang berdegar² dengan naratif Tebuk Atap dan terus²an mengapikan ketidak-stabilan politik, menghakis nilai² muhibah nilai harmoni dan perpaduan, PMX pula terus mengorak langkah di persada antarabangsa konsisten dengan pendirian dan perjuangan memacu ke arah negara terbilang.


Lawatan rasmi 2 hari ke Turki selepas GCC di Arab Saudi dan kembara memeterai perjanjian pelaburan bermanfaat kepada negara, PMX dan pasukan tampaknya tidak kenal erti lelah. Malaysia berada di landasan yang tepat dengan pemimpin yang berintegriti tinggi..alhamdulillah.


Insyaallah bantuan kemanusiaan yang digerakkan kepada rakyat Palestin dengan kerjasama negara Mesir akan dipastikan sampai kepada mereka. 


Sama² kita doakan keselamatan, kejayaan dan barakah kepada Kerajaan Perpaduan terutamanya PMX Malaysia agar terus menabur bakti, mengangkat martabat Malaysia di persada dunia. 


Ya Allah perkenankanlah doa² kami..Aamiiin. 🤲❤🤲