ANWAR DI DUA ZAMAN: Suatu masa nanti, tidak mustahil akan ada subjek kajian khusus pemikiran Anwar diperingkat akademik dan sebagainya. Mungkin 20 atau 30 tahun lagi.
"Pemikiran yang berlegar ialah bagaimana pemimpin harus cakna dengan marhain sebilang masa serta zaman".
Pemimpin harus merenung masa depan pesawah, pekebun kecil, nelayan, kanak-kanak sekolah serta mereka yang berpendapatan rendah di bandar.
Harus buat seseorang Perdana Menteri agar menitik beratkan perkara asas dalam mencorak langkah pemerintahan negara dan rakyat. Keperluan asas yang selama ini tidak diambil berat.
Akhirnya PMX cuba ubah dan lebih menumpu ke arah rakyat marhain yang tertekan selama ini. Kebiasaannya seseoang Menteri Kewangan akan lebih menumpu kepada projek Mega yang kononnya mengikut dasar kerajaannya.
Kenapa? Ini akan di sebut kepada rakyat sebagai modal kempen bahawa seolah-olahnya sesebuah kerajaan itu sedang membawa kemajuan kepada negara. Inilah hasil pembangunan, benarkah?
Adakah adil jika sesebuah negara di sifatkan telah membangun tetapi marhain masih ditakuk lama. Manakala golongan kaya bertambah kaya sedangkan si miskin makin papa kedana.
Apakah dasar negara harus tertumpu kepada golongan atasan yang di sebut jutawan sebagai penanda aras kejayaan sesebuah kerajaan kerana berjaya melahirkan golongan peniaga yang berjaya?
Kita memerlukan pembangunan yang adil, seimbang serta saksama yang boleh di nikmati oleh semua golongan serta lapisan masyarakat.
Golongan marhain tidak boleh di lupakan manakala golongan kaya boleh terus berniaga serta memberikan pulangan kepada negara dan rakyat. Tidak berlaku kelompongan yang terlalu jauh antara golongan kaya dan miskin.
Melihatkan kepada intipati belanjawan, kita harus bersetuju untuk berada dilandasan yang betul agar memperbaiki tadbir urus yang baik dan seterusnya menyuburkan ekonomi negara.
Berilah sedikit masa yang bermanfaat kepada PMX untuk perbetulkan semula kerosakkan yang berpuluh tahun ini. Bukan memohon masa yang lama, sepenggal yang terbaik untuk menuai hasil.
Ada yang mengeluh pedih. Pedih memang pedih tapi itulah hakikatnya. Siapa yang terasa pedihnya?
Tentulah kumpulan yang 'tidak sepatutnya menerima subsidi'. Kumpulan berpendapatan tinggi yang mampu membiayai kos perbelanjaan sendiri tetapi menumpang subsidi marhain.
Subsidi yang sepatutnya menjurus hanya kepada penerima subsidi bersasar seperti marhain serta golongan yang amat memerlukan.
Pemberian subsidi kini melonjak kepada RM81 billion. Penjimatan oleh pihak kerajaan juga perlu.
Semalam ada kumpulan yang merungut apabila di sebut akan berlaku peningkatan cukai:
Kerajaan bercadang menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8% berbanding 6% peratus. Namun agar tidak membebankan rakyat, peningkatan ini "tidak termasuk" perkhidmatan:
1. Makanan
2. Minuman
3. Telekomunikasi
Harus di fahami baik-baik! Tidak termasuk! Tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.
Kenaikan cukai 8% adalah meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.
Akhirnya kita berseuju bahawa keutamaan dan penanda aras Ekonomi MADANI yang dicerakinkan kepada tiga tumpuan utama iaitu:
Pertama: Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan.
Kedua: Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan.
Ketiga: Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.
Pokok pangkalnya berilah ruang serta sedikit masa kepada PMX untuk memperbetulkan semula keadaan. Kita belum lagi terlambat untuk bersetuju dengan sosok pembentangan budjet semalam.
Terbaik! Pembentangan Belanjawan 2024.
#SunTzu
#MalaysianMadani
#Belanjawan2024
Copylink: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=872330087785956&id=100050269188770&mibextid=Nif5oz