SANUSI MAHARAJA FITNAH, SAYA SAKSI HIDUP YANG HADIR DI UNGA PBB – DR. PUAD ZARKASHI.
Saya hadir di UNGA tersebut. Saya saksi hidup. Saya di dalam Dewan Persidangan Utama PBB. Saya duduk di kerusi VIP bersama Datuk Nazri Aziz dan Datuk Sharkar.
Bahkan saya hadir tiga hari berturut turut (selasa-khamis) mendengar ucapan ketua ketua negara lain sebelum PMX berucap pada hari Jumaat.
PMX diberi sembilan kali tepukan gemuruh dalam ucapan 15 minit itu. Mukadimah sahaja dapat tepukan gemuruh bila PMX sentuh perang Russia-Ukraine yang beri kesan buruk kepada global..
Ketika Presiden Iran berucap, dia mengangkat Al Quran tetapi tidak ada siapa yang tepuk tangan. Ucapan Presiden Amerika juga tiada sambutan dari perwakilan.
Perdana Menteri New Zealand beritahu dia rasa lega kerana orang ketiga berucap selepas Anwar. Dia rasa tenggelam jika berucap lepas Anwar.
Dalam 15 minit itu PMX sentuh isu perang Russia-Ukraine, Palestin, Myanmar, Islamfobia, low carbon and renewal energy roadmap oleh Malaysia dan rasisme bentuk baru.
Ternyata Sanusi kaki fitnah apatah lagi guna gambar gambar tanpa usul periksa. Saya rakam banyak foto yang saya lampirkan.
Sanusi Menteri Besar. Oleh kerana saya saksi hidup maka dia wajar digelar “Pemimpin pembohong” nombor satu Malaysia.
DR. PUAD ZARKASHI
Speaker Dun Johor.