PH pertahan Pulai, majoriti lebih 16,000 undi

 

Keputusan rasmi Suhaizan Kayat memperoleh 48,283 undi manakala lawannya Zulkifli Jaafar dari PN (29,642 undi) dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi (528 undi).

Suhaizan Kayat menewaskan Zulkifli Jaafar (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas). (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan mengekalkan kerusi Parlimen Pulai selepas memenangi PRK kawasan itu.

Menurut keputusan rasmi, calon PH Suhaizan Kayat memenangi majoriti 16,641 undi pada pengundian hari ini.

Suhaizan memperoleh 48,283 undi manakala lawannya Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (29,642 undi) dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi (528 undi).

Kemenangan itu menyaksikan gabungan kerajaan perpaduan mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang Salahuddin Ayub, yang juga timbalan presiden Amanah.