Gino Marvelo.
Isu beras. Ya mmg harga beras import naik tetapi harga beras tempatan masih kekal harga. Masalahnya, apabila harga beras import naik...beras tempatan pula di hadkan kepada penjual/pekedai. Kadangkala ada pasaraya order 10 tan, hanya dapat 2 tan saja.
Dalam hal ini nak salahkan siapa ? Menteri ? KPDN ? Pesawah ? Orang tengah ?
Masalah ini yg banyak kali berlaku. Siapa masih ingat kes harga gula, telur ayam & ayam segar mentah lg. Perangai yg serupa berulang kali, tak habis2.
Nak naikkan harga telur, semua player seluruh Malaysia yg berpersatuan akan bincang utk sekat pengeluaran. Cukup permainan 2-3 bulan. Export telur meningkat ke negara luar, keperluan dlm negara sengaja di kurangkan dgn harapan dapat kail mana2 menteri tingkatkan subsidi & naikkan harga. Apabila kes telur ayam, ayam mentah, gula semakin meruncing, kerajaan akan terdesak akur kpd player ini.
Sebagai contoh, ada sykt pengeluar ladang ayam hanya untung purata antara RM10-RM22juta saja setahun. Di sebabkan permainan sekat pengeluaran antara 2-3 bulan, ayam sengaja di biarkan lebih had masa sembelihan di kandang, kerajaan tingkatkan subsidi 20sen/ekor...kemudian naikkan harga ayam. Selepas 2-3 bulan tiba-tiba buleh pula ada lambakan ayam mentah di pasaran. Lambakan ayam di pasaran gemuk2 belaka.
Dah la dapat tambahan subsidi sedia ada, kemudian perbesarkan percentage kuota subsidi kepada ramai player, harga ayam di jual tinggi. Dalam unjuran kewangan tahun hadapan, keuntungan luarbiasa berlaku dari purata RM20juta...meningkat kepada hampir RM90juta.
Ayat seperti cuaca panas maka ayam kurang makan, harga jagung dari China rendah (ambil dalam pukal) tapi wujud sykt atas angin pd harga lebih mahal, ayam tak bertelur dan sebagainya, ini semua hanyalah sandiwara semata.
Begitu juga dgn kes beras tempatan & import baru2 ini. Permainan yg hampir serupa, di buat berkali-kali.
Benar, beras import naik harga. Pengeluaran beras tempatan yg di beri subsidi kerajaan tetap kekal sedia ada. Apa yg berlaku ialah pihak kilang/pengeluar/org tengah ini yg main peranan. Sekat atau kurangkan pengedaran beras tempatan kpd penjual/kedai/pasaraya...bungkus semula beras tempatan dgn plastik import.
Inilah masalah sebenar yg kita hadapi. Bukan takda beras, cuma di hadkan utk cari peluang menjual pd harga tinggi. Cukup tempoh unjuran audit, sykt buleh ada tiba-tiba keuntungan luar biasa.
KPDN, dh tiba masanya kalian lebih tegas. Tak payah asyik nak dengar player2 itu berbual. Masalah utama ialah perut rakyat. Bukan nak suruh tampung bulan2 beri beras, cukup jaga dgn betul...dan dengan itu rakyat buleh sentiasa dapatkan bekalan pd harga rendah.
Kalau kalian tak percaya, cubalah lihat apa yg GM katakan ini. Tak lama lg kita akan ada masalah gula & tepung!
Perlu ingat, bulan March & April 2024 umat Islam hampiri puasa & raya. Pd kalian baca di sini, sedang bergerak ke Oktober 2023. Cuba fikir, bila bulan yg sesuai utk mainkan strategi gula & tepung. Mungkin awal bulan Disember - Januari 2024. Februari 2024 dah masuk waktu kritikal sebelum Ramadhan. Waktu itulah masa yg paling terbaik minta subsidi di perbanyakkan & di perluas agar kerajaan tertekan & menaikkan had siling.
Yg akan terbeban adalah rakyat. Dah mula kerajaan terutama di KPDN lebih tegas dlm hal ini.
Bukan tak buleh beri mereka untung, beri tetap beri. Tapi pabila player itu semua mengejar untung luar biasa hingga 400% dgn teknik 2-3 bulan tadi...masalah melampau sebegini perlu di atasi segera.
Persoalannya, siapa yg akan jaga & peka dalam nak jaga pelbagai isu ini. Kerajaan ? Pembangkang ? Atau mileage politik sambil player industri tersenyum lebar ke pipi ?
Yang berkarya:
Gino Marvela