MAMAT NI TAK BACA MATEMATIK



Mamat ni kata kalau kerajaan benar-benar prihatin kerajaan kena pastikan bekalan beras tempatan sentiasa mencukupi dengan harga yang kerajaan tetapkan pada setiap masa. 


Dia gini ... kalau awak mahu beras tempatan sentiasa cukup di kedai, maknanya SSL beras negara adalah 100%.  Awak tahu tak yang SSL beras negara hanya 65% sejak dulu lagi.  Masa PN merintah dulu pun itulah SSL yang ada pun.  Awak ni cakap macam budak-budak minta gula-gula. Bila orang kata gula-gula dah abis, awak pun melalak nak juga benda yang awak mintak. 


Isunya sekarang permintaan untuk beras tempatan naik mendadak kerana kenaikan harga beras import.  Dulu pun bekalan beras macam ini juga, cumanya harga beras import lebih kurang sama dengan harga beras tempatan, maka tiadalah krisis ini.  


So, awak nak suruh kerajaan buat apa? Nak suruh kerajaan beri subsidi untuk beras import supaya harga kekal macam dulu?  Itu bukan penyelesaiannya.  Itu jalan nak bangkrapkan kerajaan. 


Ini adalah fenomena pasaran global.  Tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang boleh kawal harga pasaran komoditi dunia.  Kalau awak jadi kerajaan pun, itulah hakikat yang awak perlu hadapi.  Tak usah temberang la. 


Dalam isu ini, apa yang rakyat hadapi sekarang adalah kesan dari polisi 10 tahun dulu. Tidak ada penyelesaian segera.  Kerajaan sekarang fokus untuk bina polisi baharu yang hasilnya bakal dirasai 10 tahun akan datang.  


Jadi, kalau awak nak salahkan kerajaan sekarang ... awak tunggulah 10 tahun lagi ye.