IN THE BUBBLE -BANG MAT, PEGAWAI LENA KA ATAU SEMUA PAKAT LENA. ?







Posting ini, let me warn you, penyokong Kerajaan takkan suka. 


But you know me, saya menulis untuk rakyat marhein dan negara. Bukan untuk parti dan pemimpin berhala.


Ini timeline yang nak saya tunjuk: 


- 27 Julai 2023, 2 bulan lalu, saya up posting mengenai krisis Beras di India. Saya katakan Malaysia perlu bersedia segera, akan ada shortage dalam negara. Bukan saya sahaja, saya nampak ramai yang bersuara. 


- 22 Ogos kita dapat berita, Singapura, Indonesia dan Filipina buat rayuan kepada India. Jangan hentikan eksport beras mereka. Tapi Malaysia tidak merayu pula🤦🏻‍♀️


- 30 Ogos, India benarkan dan teruskan eksport beras ke Singapura. Makanya, Singapura tiada masalah beras la ni. Sebab Menteri mereka pantas buat kerja. 


- 4 hari lalu, pada 25 September, Menteri kita baru nak keluar statement nak berbincang dengan India. Dapatkan eksport beras. Walhal negara lain dah mula 2 bulan dulu. Indonesia dah start lama. Mereka masih struggle nak dapatkan. 


Little bird dari Kementerian Pertanian bagitau saya. Menteri kena main dengan beberapa pegawai. Mereka tak bagitau true picture. 


Seperti isu beras salin kulit, dari beras tempatan ke beras import, ada ke pegawai kata tiada langsung. Peniaga Malaysia ni semua berintegriti kah? Sampai tiada yang ambil kesempatan. Deep state or simply incompetent? You decide. 


Menteri pun pada saya, banyak blunder. Dari isu Telur bersama Deepak hari tu. Orang dah raised eyebrows. Policy decision pun slow. 


Simply said, he’s not meant to govern. Di pentas politik mungkin dia hebat. Tapi untuk mentadbir, Kementerian penting pulak tu, saya tak rasa beliau sesuai. Elok dah ada Cabinet Reshuffle untuk betulkan keadaan. 


Maaf orang Amanah. Saya pernah puji Bapa Rahmah, Dr Dzul dan Dr Hatta. But your President, saya tak boleh back up. Dah tergolong dalam pemimpin dinosaur. Perlu let go. 


Sat lagi, penyokong pembangkang pi ambil posting ni, dan boleh dijaja untuk runtuhkan Kerajaan. Ini set “in the bubble” juga. Macam la zaman PN tiada isu. Minyak masak dulu nak settle pun haru. 


Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. Itu saja cara supaya kita tak pajak otak. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki