Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) dan Hilman Idham (PN-Gombak Setia) akan disiasat dibawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Seksyen 505 (b) menjenayahkan perbuatan mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam manakala seksyen 233 merujuk kepada perbuatan menyalahgunakan rangkaian media sosial.
Siasatan ke atas mereka berdua akan dibuat ekoran penganjuran ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ pada 16 September, Hari Malaysia.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dan siasatan akan dibuat di IPD Dang Wangi.
=========================================================================================
Kerjasama dengan Adun Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mewakili Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz dengan Pakatan Harapan (PH) Johor ditamatkan, berkuatkuasa serta merta.
“Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa, maka saya selaku Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan turut membuat keputusan menamatkan sebarang bekerjasama dengan ADUN Puteri Wangsa di Tebrau dan dalam masa terdekat akan menyusun gerak kerja penyelarasan di DUN Puteri Wangsa,” kata Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.
“Hakikatnya Muda wujud atau tidak, ada atau tiada di Malaysia, di Johor dan di Tebrau tidak memberi apa-apa makna kerana tiada beri nilai tambah kepada PH sebaliknya banyak menyusahkan dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bertujuan menyerang kepimpinan Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan.