Kerajaan perlu memberi tumpuan khusus kepada
Agenda Rakyat digerakkan masyarakat sivil dan memenangi kembali sokongan orang
ramai melalui tindakan, bukan hanya kata-kata/
Kemenangan pilihan raya kecil di kerusi parlimen Pulai dan
kerusi dewan undangan negeri Simpang Jeram di Johor pada Sabtu lalu telah
membawa kelegaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Sejak pilihan raya umum November lalu, kerajaan gabungan Anwar
terpaksa mengimbang dengan halus bagi memastikan semua parti cukup berdisiplin
mengikut aturannya.
Mengimbangi jalan sebegini telah menghalang usahanya untuk
melakukan pembaharuan dan mengecewakan mereka yang mendambakan pembaharuan.
Ini telah memberi sumber kepada Perikatan Nasional serta
pengkritik lainnya untuk melancarkan pelbagai bentuk serangan. Mereka telah
mengatakan bahawa pentadbiran Anwar sebagai tidak berkesan dalam memulihkan
ekonomi dan terlalu bergantung kepada DAP.
Anwar mengatakan bahawa sistem komunikasi kerajaan yang lemah
adalah sebab mengapa beliau tidak boleh melawan pembohongan dan fitnah. Beliau
mengakui bahawa kerajaan sepatutnya berkomunikasi dengan lebih baik kepada
orang ramai ketika pilihan raya 12 Ogos di enam negeri yang lalu.
PM juga menyalahkan sistem komunikasi kerajaan yang lemah kerana
rakyat tidak menyedari akan usaha pentadbirannya.
Contoh seterusnya ini barangkali menjelaskan kebimbangan Anwar.
Kementerian Kesihatan telah memulakan skim pemberian tuala wanita percuma bagi
menangani kemiskinan haid (period poverty). Namun, sepatutnya kelompok sasaran
yang perlu mendapat kesan baik dari inisiatif sebegini bukanlah mereka yang di
ibu pejabat kementerian, di mana penjawat awam wanita berada dalam keadaan
ekonomi yang lebih baik.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Contoh lain: ada kementerian juga telah memperkenalkan label
ubat dalam tulisan Braille di 250 klinik kesihatan terpilih. Langkah ini akan
memberi manfaat kepada 55,000 individu kurang upaya penglihatan. Sudah tentu,
ini patut mendapat publisiti dan kesedaran yang lebih besar.
Ya, ia sesuatu yang berbaloi jika projek dirancang dengan baik
dan disampaikan kepada orang ramai dengan lebih berkesan.
READ MORE: PH's power and potential now
protected and prolonged
Berikut merupakan beberapa langkah positif yang patut mendapat
publisiti yang lebih besar.
Allahyarham Salahuddin Ayub, merupakan seorang menteri ketika
itu yang bertanggungjawab mengekang kos sara hidup, kemudiannya melancarkan
dasar yang cukup inovatif pada Januari lalu. Di bawah skim “menu rahmah”,
restoran dan kedai ada menawarkan hidangan berkhasiat pada harga RM5 atau
kurang bagi setiap pinggan.
Langkah kerajaan bagi mewujudkan Suruhanjaya Kanak-Kanak yang
bebas akan menjadi peristiwa penting bagi negara. Badan ini akan mempunyai
kuasa untuk menyokong perubahan dasar, menguatkuasakan undang-undang dan
memantau tindakan untuk melindungi hak kanak-kanak.
Kerajaan harus berkongsi maklumat mengenai suruhanjaya ini
dengan lebih meluas kepada orang ramai.
Inisiatif kerajaan dan pembaharuan sosial penting yang memberi
manfaat kepada rakyat harus dihebahkan secara meluas menerusi cara yang mudah
difahami oleh orang ramai.
Cukup membingungkan apabila kerajaan memperkenalkan dasar tanpa
penjelasan yang lengkap atau masa yang cukup untuk ia diterima orang ramai.
Tidak menghairankanlah jika dasar yang disampaikan secara tergesa-gesa itu
kemudiannya mencetuskan salah faham, ketegangan dan kebimbangan, kan?
Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan ada memperkenalkan modul
penghayatan “40 Hadis Imam Al-Nawawi” baru-baru ini. Ini kononnya bertujuan
bagi membendung radikalisme dan ekstremisme agama di negara ini.
Namun, cara ia diumumkan cukup mengejutkan ramai orang. Pada
mulanya, ramai yang bimbang orang bukan Islam juga perlu mempelajari modul
tersebut. Kebimbangan juga timbul terhadap Hadis tertentu dalam modul itu yang
dianggap boleh memecahbelahkan dan mengancam orang bukan Islam.
Kementerian sepatutnya berunding dengan semua pihak
berkepentingan sebelum mengumumkan modul tersebut. Ia tidak masuk akal untuk
bertindak hanya selepas semuanya sudah pun dijalankan.
Namun, “jentera komunikasi yang lemah” bukanlah satu-satunya
masalah yang dihadapi oleh kerajaan “Madani”.