Dari Rafizi Ramli
20 Jun 2023:
Platform Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) dilancarkan. Rakyat (individu atau organisasi) boleh mohon secara online terus kepada Kementerian Ekonomi untuk permohonan pelaksanaan projek kemudahan awam.
29 Ogos 2023:
1,385 projek telah diluluskan. 3 pemohon negeri paling tinggi adalah Sabah, Negeri Sembilan, diikuti Sarawak.
Senarai 1,385 permohonan telah dikemukakan kepada PBT/agensi pelaksana yang berkenaan untuk semakan sebelum penyaluran dana dibuat.
Rakyat yang ingin menaiktaraf atau membina kemudahan awam di kawasan masing-masing masih boleh memohon melalui laman web IKR di https://ikr.ekonomi.gov.my/
#RafiziRamli #EPU #ikr #madani #PMX