Norman Radzuan.
Post mortem, strategi dan naratif akn dimulakan
Terima kasih x 100 atas maklum balas dan cadangan rakan2. Saya tulis di sini sahaja ucapan itu kerana terlalu byk utk saya balas di PM.
Semalam sepatutnya saya bercuti ( Cuti peristiwa ) tetapi saya mulakan kerja. Saya ambil keputusan bertemu dgn rakan2 parti, rakan Jabatan, rakan dari UMNO dan kebetulan bertemu Dr Hatta Ramly. Dari lunch sampai ke dinner dan lewat mlm baru pulang.
Saya terpaksa lakukan segera kerana akan kembali ke hospital utk surgery dan pastinya kembali bercuti agak panjang. Saya peduli respon rakan2 samada di wall atau PM. Sgt baik walaupun kdg2 ada yg beremosi.
Percayalah pimpinan kita mendengar. Bercakap tentang Menteri, saya lihat sejak berbulan lamanya Menteri KKD, Fahmi Fadzil sering menjadi mangsa. Selalu artikel2 saya ramai yg Tag beliau.
Sdgkan kita salah faham tentang bidang kuasa beliau. To be fair to him hari ini biarlah saya cerita serba sedikit mengenai Fahmi Fadhil yg saya kenal. Tiada niat membodek kerana dah 8 bulan saya biarkan dia dihentam.
Byk perkara yg ramai tidak tahu bahawa byk perkara yg bukan dibawah kawalannya beliau lakukan. Bagi saya Fahmi proaktif dan sebagai saksi hidup saya akui beliau sgt terbuka, melayani pemasalahan dan bekerja hingga jam 1-2 pagi.
Ini kerana byk group Whatsapp saya bersama dgnnya. Malah jika saya ingin bertanya sesuatu secara personal, beliau segera respon. Kdg2 kerana terlalu proaktif ( faktor usia masih muda Menteri agresif ), beliau membantu jabatan2 tertentu.
Bagi saya beliau bekerja sgt kuat. Walaupun tidak mencapai 100% tetapi peningkatan penguasaan media kita mencapai 70% dlm tempoh 8 bulan ini boleh dianggap pencapaian yg baik berbanding PRU yg lepas.
Sebenarnya isu kejayaan PN bukan lagi penguasaan sepenuhnya kuasa media tetapi lebih kpd naratif bangsa, agama dan ‘deep state’ yg berlaku. Persepsi ini sgt berjaya… tanpa manifesto pun mereka boleh menang.
Tak perlu bersusah payah bercerita soal ekonomi. Cukup main isu agama dan bangsa dan itulah yg kita dpt lihat sepanjang kempen mereka.
Secara jujur… isunya kebencian org Melayu kpd DAP sukar dibendung. Isu agama adalah faktor kedua kemenangan besar PN. Letaklah siapa Menteri KKD berhadapan dgn isu agama dan bangsa…tetap gagal walaupun menguasai media.
Bercakap soal media, saya ingin bertanya andai media tidak mahu bersama kita bolehkah kita memaksa mereka?
Disebabkan itu saya menegur sikap Menteri Agama. Mana mungkin Fahmi, Fadhlina, Syamsul Iskandar, Lokman Adam hendak mematahkan isu2 berkaitan agama.
Islam terancam…mereka berhujah dgn hadis. Fahmi dan Syamsul tentu lebih mahir berbahasa Inggeris dari berbahasa Arab dan hadis. Jadi di situlah peranan Menteri Agama menyusun strategi melahirkan naratif.
Hujah agama mesti dibalas agama. Mana tokoh2 agama di dlm Perpaduan? Tempoh 4 tahun yg ada tokoh agama mesti berperanan membantu membetulkan fahaman takfiri yg jangka panjang jika berkembang tidak mustahil ia terjadi sepertimana Taliban.
Saya faham anda semua bertanya tentang Cytro. Benar ia diperlukan tetapi dlm masa sama utk mengubah minda masyarakat ia perlu dgn cara dakwah ( berakhlak ). Bukan cara Cytro hentam dan sindir menyindir sahaja. Strategi kena pelbagai.
Faktor yg sukar saya tulis dgn detail di sini mengenai ‘deep state’. Ia berlaku tetapi cukup secara umum. Ia sgt menyukarkan kita. Apa itu deep state… boleh diibaratkan musuh dlm selimut. Siapa mereka? Bukan di kalangan org parti tetapi ada di mana2.
Jadi apa strategi dan naratif? Strategi dan naratif tidak boleh dibincangkan secara terbuka. Itu bukan nama strategi lagi….bab berperang mana ada tentera lawan beritahu dia akn letak bom sana sini.
Cuma kena faham kengkangan dan halangan jika kita tahu, tentu kita faham. Ia tidak semudah kenapa tidak buat itu, kenapa tidak buat ini. Jika tahu pastinya pengkritik faham sambil berkata …ohh begitu sambil mengelengkan kepala.
Rakan2 kita dari UMNO pun faham situasi tersebut dan pastinya post mortem akn dilakukan bersama dgn segera serta mengambil fast action.
Benar utk memastikan kerajaan perpaduan ini kekal 5 tahun, peneraju kerajaan sekarang sebaiknya mengambil langkah segera bagi memastikan gerak kerja komunikasi dan pembinaan naratif lebih mantap, dinamik dan berkesan.
Strategi dan naratif, penghasilan bahan komunikasi dan pengedaran bahan komunikasi itu tentulah menjadi agenda tetapi bab ini juga kita ada halangannya. Isu ini pun saya tidak boleh menulis secara terbuka.
PAS 80 an pernah tinggal satu kerusi, PKR 2004 pernah tinggal satu kerusi. Tenang kerana jika hebat sgt gelombang hijau bagaimana kita boleh tembusi Kelantan. Pengundi tidak statik, pola undi popular berubah secara signifikan.