PM dibenar keluar hospital pagi tadi

 






Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.


Beliau dimaklumkan menjalani prosedur pembedahan kecil gigi, semalam.


Menurut laporan Bernama, PM dilihat meninggalkan pekarangan HKL pada pukul 9.39 pagi tadi, diiringi anggota dan pegawai keselamatan.


PM memaklumkan di Facebook sebelum ini bahawa beliau menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di HKL, dan pasukan perubatan menasihatinya untuk berada di hospital sehingga pagi Isnin.