PEMBEBASAN NAJIB TAK AKAN MEMARTABATKAN SISTEM KEADILAN NEGARA

 


Ada orang tanya aku, adakah dengan pembebasan Najib boleh kuatkan UMNO?


Memang boleh. Tapi kalau itu dibuat, kerajaan akan lemah. Ekonomi akan runtuh sebab pelabur akan lari. Isu keadilan adalah penting bagi para pelabur. Sebab itulah sekarang pelaburan banyak masuk berbanding ketika Mahiaddin jadi PM dulu.


Lagipun, Najib sendiri pun tak minta bebas. Dia cuma mahu perbicaraan semula. Mungkin itu boleh dilaksanakan. Tapi mungkin lepas Peguam Negara dan Ketika Hakim Negara lantikan Mahiaddin yang ada ni tamar kontrak dulu nanti.


Bagi aku jalan paling mudah adalah mengangkat anak Najib dalam parti dan dalam kerajaan. Zahid boleh lantik anak Najib ke satu jawatan lantikan dalam UMNO. Kemudian lantik dia ke satu jawatan dalam mana-mana kementerian.


Ini boleh ubati hati penyokong Najib sementara menunggu perbicaraan semula untuk diadakan. Beri anak Najib peluang. Kalau perform, mungkin dia boleh bentuk karier politiknya sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.