Dulu cukup jumlah kini minta Anwar dan Zahid berundur
Dulu PN berkata mereka cukup jumlah utk tubuh kerajaan walaupun hanya mencapai 73 Parlimen. Kali ini PN hanya menang 3 negeri mereka kata ia referendum rakyat minta Anwar dan Zahir berundur.
Ia bukan kemenangan 6-0 atau kemenangan 100%. Ia seperti diramalkan keputusan status quo. Di Kelantan dan Kedah sendiri iaitu kubu kuat PN menolak mereka di negeri tersebut apabila menang 2 dan 1 kerusi DUN.
Analoginya dlm apa juga perlawanan contohnya bolasepak… walaupun pasukan itu menguasai permainan 90 minit tetapi jika tewas 1-0… ia tetap namanya tewas. Begitulah juga dgn keputusan semalam seri tetap seri. Kita tidak akn lihat Azmin Ali yg dtg angkat sumpah di negeri tu.
Muhyiddin sebenarnya sgt terdesak dgn kes mahkamahnya. Jika kerajaan ini kekal dan jika dia didapati bersalah pastinya Muhyiddin merengkok di dlm penjara. Di sebabkan itu Muhyiddin dilihat terdesak utk menjatuhkan kerajaan ini.
Rakan saya dari UMNO memberitahu dia tidak menolak berlaku sabotaj dari undi partinya kali ini. Contoh undi PH di DUN Hulu Klang meningkat tetapi menjadi persoalan kemanakah undi BN sebanyak 10 ribu? Adalah mereka mengundi PH atau mengundi PN apabila undi PAS meningkat 18 ribu undi.
Saya tidak menyalahkan pimpinan UMNO kerana telah berusaha utk bangkit semula. Jelas UMNO atau BN masih gagal utk bangkit kembali semula walaupun paling byk bertanding di team Kerajaan Perpaduan apabila hanya memenangi 19. BN atau UMNO perlukan masa utk menyakinkan ahli bawahan mereka.
Isu di sini dapatan awal dlm analisis saya ialah isu Melayu. Kejayaan undi PAS masuk syurga dan Melayu terancam itu berjaya.
Kebencian org Melayu kpd kaum Cina dpt dilihat apabila Dominic yg merupakan Presiden Gerakan sendiri dihalau dlm satu ceramah kempen PN. Rasuah syurga yg dicanangkan oleh pemimpin mereka itu benar2 membuat org Melayu terkhayal dgnnya hayalan tersebut.
Saya tidak nafikan ada 3 faktor utama jumlah undian PH/BN mengecewakan. Faktor DAP dan Zahid yg terus dimomokkan membuat ramai takut utk mengundi merah/biru di kalangan org2 Melayu.
Muhyiddin tahu hanya satu cara utk mereka berjaya sekali lagi seperti ‘Langkah Sheraton’. Caranya menjatuhkan Zahid disebabkan itu mereka menggunakan bekas2 pemimpin UMNO utk melemahkan UMNO yg semenang lemah dari dlm dan luar.
Bila UMNO dilihat lemah, Muhyiddin mahu ahli2 UMNO menghantar referendum kpd Zahid. Tapi malangnya ramai ahli UMNO tidak faham muslihat ini hingga mereka sebenarnya sdg membunuh partinya sendiri.
Kenapa Muhyiddin begitu ambil berat tentang pemasalahan UMNO kononnya parti keramat ini lemah kerana Zahid? Sdgkan jika UMNO bersama mereka pastinya kerusi UMNO hanya tinggal berapa kerat sahaja kerana ia sudah dimonopoli Bersatu dan
PAS.
Sepatutnya ahli2 UMNO bangkit semula bersama Zahid apabila diberi peluang menjadi sebahagian kerajaan. Adalah kesilapan terbesar ahli UMNO jika mereka termakan hasutan PN. Mana mungkin Bersatu yg mempunyai ideologi yg sama dgn UMNO mahu bertuankan UMNO.