Norman Radzuan.
Move on tetapi ada yang saya sedih dan bimbangkan
PN sdg mainkan naratif Zahid mesti ditolak dgn gunakan dalaman UMNO. Saranan saya abaikan dan terus buat kerja.
Selepas 10 hari senyaplah mereka. Jika media arus perdana berkerjasama dgn fokuskan kembali kerja2 PM dan Menteri seperti biasa… ia kembali tenang.
Tetapi jika media sengaja menghangatkan suasana melayani pembangkang… ia hanya menjejaskan kestabilan politik dan pemulihan negara. Terpulang kpd media arus perdana kerana peranan media sgt penting dlm menbina pemikiran masyarakat.
Saya terbuka dgn pilihan rakyat. Sekadar ingin saya maklumkan sebenarnya gelombang hijau tidak sehebat mana kerana secara keseluruhan undi Perpaduan mengatasi Perikatan dgn 17 ribu undi. Malah hebatnya Perpaduan apabila kubu kuat PAS di Kelantan telah dapat ditembusi.
Ia berita baik…seperti saya tulis sebelum ini akn ada peningkatan 30% undi rakyat Kelantan. Alhamdulillah ia benar2 terjadi dan saya berharap kerajaan pusat dpt fokus membantu dua DUN ini utk menjadi contoh pada masa hadapan utk rakyat Kelantan.
Apa yg saya sedih dan bimbangkan? Ya ramai juga golongan profesional di Lembah Klang memilih PN. Saya tidak bimbang kerana mereka ada sebab2 tersendiri dan menganggap ia hanya wadah politik dan satu pilihan. Jika Perpaduan dpt buktikan kejayaan memerintah 5 tahun, mereka akn kembali.
Yg saya bimbang tanpa disedari sebenarnya mereka menyokong membina fahaman ekstrimis yg suatu hari nanti apabila ia membesar sukar lagi utk dibendung.
Di kampung dan malah dlm byk video ucapan pemimpin mereka sehingga mantan Tim Menteri berkata buat apa pembangunan tetapi masuk neraka.
Neraka, syurga, kafir adalah pegangan mereka yg cetek ilmu di luar bandar. Ingat seorang makcik berkata ‘UMNO kafir sampai kiamat’.
Mereka memilih parti kerana mahukan syurga hingga mereka menjadi taksub dan ekstrim. Anggapan mereka, mana2 org Melayu diluar parti mereka adalah kafir.
Apa yg berlaku kpd Dominic sudah cukup membuktikan pemimpin parti agama itu sendiri telah gagal mengawal ahli yg sudah terlalu esktrims kpd bangsa.
Peristiwa Memali, solat dua imam, tidak boleh makan kenduri org UMNO, bercerai suami isteri kerana fahaman politik adalah sejarah yg tidak boleh dilupakan betapa bahaya doktrin yg ditanam kpd ahli2 parti dgn sentimen agama.
Percayalah berikan 10 tahun dari skg… mereka di bandar yg terpedaya dgn sentimen kebencian kaum ini akn menyesal jika fahaman ekstrimis ini berkembang.
Ketika itu menyesal sudah tidak berguna. Anda undi pembangkang kerana marahkan Zahid, marahkan PMX tetapi mereka itu akn pergi tetapi implikasi kpd mereka di luar bandar akan memberi kesan yg besar.
10 tahun lagi bermakna menjelang PRU17… simpan penulisan ini. Jika parti agama ini anda bekerjasama membinanya tunggu masa2 yg saya ramalkan.
Abah yg konon anda sayangai sudah berusia 75 iaitu penghujung usia. Sampai ajalnya beliau akn pergi sepertimana pemimpin2 yg lain tetapi fahaman ekstrim yg didoktrin parti agama ini jika terus berkembang saya ramalkan mereka akn menolak Bersatu dan parti2 lain.
Bila mereka sudah mampu bersendirian ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Anda akan lihat fahaman ekstrimis yg hanya membuat ketidakstabilan politik, perpaduan dan memusnahkan ekonomi negara.
Tahniah kpd Perpaduan dan tahniah kpd Perikatan.