Ketua Pemuda Bersatu up satu posting semalam. Menempelak Calon Subang Jaya. Menggunakan gambar Sultan Selangor dalam Billboard.
Siap kata ADUN biadap menunggang dan mengheret Istana dalam kancah politik.
ADUN tersebut jawab terus di posting YB WAF, dia berterima kasih dan minta maaf. Dan jelaskan itu gambar ketika Persidangan DUN Pertama di Selangor yang beliau hadiri.
Saya setuju tindakan ini suatu tindakan manipulasi gambar Sultan. Dan harus dibantah. Salah tetap salah.
Tapi yang saya nak puji, adab seorang YB bila orang kritik dan tegur. Beliau tidak melenting atau marah. Beliau merendah diri minta maaf dan berterima kasih kepada yang menegur.
Jauh beza dari YB yang menempelak tersebut. Bila ditegur netizen mengenai posting “miskin diplomasi” dia. Dia punya bongkak tak rasa salah apa. Itu contoh tidak elok pemimpin muda Melayu Islam kita.
*****************************
Lagi satu, level hipokrasi YB Jargon ini.
Minggu lepas Ketua Muslimat PAS Melaka, disoal siasat kerana perlekehkan Sultan Perak. Diolah video asal Tuanku pada tahun 2013, untuk tujuan politik kepartian. Siap Sultan Perak murka dan buat laporan polis mengenainya.
Itu saya berpandangan lagi teruk kesnya. Buat video jahat serta sebar pada ramai orang. Siap Istana kena ambil tindakan. Masih mereka ini tidak rasa apa dan tidak minta maaf.
Kesalahan rakan sekolam YB WAF ini, dia buat dek dan tak menegur pun. Tiada pulak kata “biadap menunggang” Istana. Walhal kesalahan lagi teruk pula.
Adakah pada dia, yang biadap itu hanya terpakai kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu dibolehkan biadap pada Sultan mereka?
Pada saya, lagi teruklah Melayu yang biadap kepada Sultan kerana menunjukkan tidak tahu adab Melayu yang setia pada Sultannya. Itu Waad kita kepada Sang Sapurba.
Saya berpandangan, YB Roti Canai ini prinsipnya macam Roti Canai juga. Bertukar2 side macam mengkarung dan sesumpah.
Nama rasmi pun ada dua. Satu nama Melayu dan Satu nama Cina. Tak pernah lagi saya jumpa mana2 ahli politikus terdesak sebegitu sekali untuk diterima.
Salam hormat,
Liyana Marzuki