Jamzuri Ardani.
Biasanya walaun suka quote kata-kata MP Pasir Gudang nie ... tapi kali ni biar saya pulak yg share.
Dia YB ori ... bukan macam YB jadi-jadian sorang lagi tu. YB ori Pasir Gudang kata kos sara hidup zaman kerajaan madani lebih baik dari zaman kerajaan PN. Titik.
Tadi tengok juga video Tik Tok yb viral hentam Salahuddin Ayub. Saya rasa mamat yb jadian nie memang ada masalah ... tapi bukan masalah harga barang atau kos sara hidup. Masalah dia adalah diri dia sendiri. Dia hentam Salahuddin tanpa sebab ... hanya sebab dia meluat dengan kerajaan madani, dia pun suka suki belasah Salahuddin.
Konon dia nak sekolahkan Salahuddin tapi cuma menunjukkan kebodohan sendiri.
Untuk makluman yb jadian ... memanglah kerajaan cuma boleh kawal harga di dalam senarai barang kawalan sahaja sebab itu sahaja punca kuasa yang diberikan oleh undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga Barang. Ada pun barang-barang yang tidak tersenarai di bawah akta tersebut harganya ditentukan oleh kuasa pasaran. Apa ko ingat kalau ko jadi menteri ko boleh tetapkan harga semua barang ikut suka ko ... awat tengin sangat.
Pastu ko cerita pasal beras. Ko kata beras import mahal ... dah naik harga. Konon ko nak tunjuk cerdik bagi tau pengeluaran beras tempatan masih tak cukup, 40% kena import. Ehhh ko ingat Salahuddin tak tau ke? Dia dulu pernah jadi Menteri Pertanian laa ... maklumat kadar SSL dalam kepala dia laa ... tak payah ko nak tunjuk pandai.
Ya ... memang beras tempatan kita tak cukup. SSL cuma dalam 60-70%. Benda ni dah sejak zaman tok kaduk dah macam tu. Masa Muhyidin jadi Menteri Pertanian dulu pun memang mcm tu. Apa ko ni baru beranak semalam ke?
Abis tu yang ko menyalak kat Salahuddin buat apa? Kerja dia sebagai Menteri KPDN kawal harga beras tempatan di pasaran, bukan tambah pengeluaran beras tempatan. Nak tambah bekalan beras, itu bukan bawah bidang kementerian dia. YB jadian hat tengin ni dok menyalak salah bukit. Kalau ye pun teringin nak jadi YB betul ... janganlah sampai sasau bro ... menyalak tak tentu hala.
Boleh tak ko pegi sekolah dulu ... belajar betul-betul dulu ... pastu baru laa boleh sembang kalau nak jadi YB pun ... adoii akaii!