RAKYAT MALAYSIA PASTI AKAN IKUT TREN SUPAYA TIDAK KETINGGALAN.

 



Asyraf Jeffry.


Memang menangis kedai recond yang ada stock Tesla Model Y. Kalau mereka turunkan harga jadi sama dengan harga rasmi Tesla Malaysia pun,tiada orang akan beli. Nak tak nak,kena jual lagi murah dari harga rasmi Tesla Malaysia.

.


Bagi saya,kedatangan Tesla secara rasmi ke Malaysia dengan harga pengenalan di bawah RM200k pasti membuatkan syarikat-syarikat kereta lain tidak senang duduk.

.


"Tesla EV,tiada kaitan dengan yang lain. Lagipun,EV belum boleh optimize di Malaysia,nak cari Charging Station susah."

.


Percayalah,Tesla akan ubah semua isu di atas. 

.


Dengan namanya yang gah,pemiliknya yang tersohor,orang yang tidak tahu EV pun akan beli. Orang tidak ingin ketinggalan kapal atau dipanggil Bandwagon Marketing. Lagipun,harganya bawah RM200k. Tanda harga mampu milik bagi pengguna kereta mewah.

.


Tidak pelik kalau esok,banyak syarikat berlumba-lumba bina Charging Station untuk penuhi kehendak pengguna Tesla pada awal tahun hadapan. 

.


Tadi saya test seorang kenalan. Kebetulan dia ingin tukar kereta,sekarang sedang guna BMW. Mula-mula dia tidak berminat dengan Tesla,baginya EV leceh. Tapi bila saya bagitahu harga RM199k,dia terus ubah fikiran. Buka Website dan check cara beli,bayar kad sahaja weh!

.


Saya tidak pandai bab kereta. Tapi saya yakin, hari ini, revolusi EV di Malaysia sedang berlaku secara besar-besaran.