PRO TIPS PRN6



Tarikh mengundi 6 Negeri telah ditetapkan. 12 Ogos ini. Lagi sebulan lebih. Makanya, paluan gendang politik sudah bermula. 


Kerajaan dok nak defend 8 bulan ini, yang banyak lagi berpolitik dari bina negara. Reformasi yang dilaung 25 tahun, masih lagi dicari. Orang dah tak berapa bersabar nak tunggu. Kalau masih lagu ni lagi setahun, sepenggal la jawabnya. 


Pembangkang pula, langsung tak tahu kerja mereka, sebab dendam kesumat nak berkuasa lagi. Setiap bulan ratib nak tebuk atap, ini satu cara nak lepaskan kes sakau. Kalau dia buat kerja semak dan imbang kita ok je. Tapi kalau nafsu “sembang dan tumbang”, ni yang buat orang menyampah. 


Kita tahu, prestasi 2-2 belah tak boleh dibangga. Makanya, sebagai pengadil kepada dunia politik negara, kita tahu kita tak boleh pajakkan otak kepada mereka. 


Jadi saya kongsi pro tips bagaimana kita nak buat keputusan kita. 


Do’s 


✅ Baca surat khabar/ media utama, itu sumber paling utama untuk politik negara. 


✅ Bila dengar suatu perkara, (1) baca yang pro dua2 belah, dan make up your mind, atau (2) baca akhbar neutral, yang kurang banyak sentimen cuma bagi fakta. 


- Neutral: Astro Awani, Harian Metro dan Malay Mail


- Pro Kerajaan: RTM, TV3, Utusan, The Star, Malaysiakini 


- Pro Pembangkang: Berita Harian, Sinar, Malaysiapost


✅ Akhbar itu kerjanya, buat propaganda juga. Jadi ajar otak kita, setiap kali membaca, kenal pasti propaganda mereka. Mereka incline ke mana?


✅ Semak prestasi ADUN anda di media sosial mereka. Kalau apah pun tak update, macam langsung tak buat kerja. Tak yah lah pangkah dia atau parti dia. Bagi orang lain pula. 


✅ Nak follow influencer, ok saja. Tapi sentiasa semak fakta dan data yang mereka beri. Jangan terus pajak otak pada depa. Rugi! 


*************************


Don’ts


❌Telan bulat2 suatu perkara yang dibaca/ didengar. Do your own reseach. Kena ingat, ini zaman heavy propaganda. 


❌ Nak semak fakta, tengok dulu sumber utama. Sumber utama: media arus perdana. Pastu baru boleh la nilai yang lain pula. Termasuk dari influencer. 


❌ Jangan baca tajuk saja, baca keseluruhan artikel. Itu penting supaya kita tahu isu utama dan sebab musibabnya. 


❌ Jangan terus percaya poster2 yang ditempek dalam Whatsapp Group. Terutama yang tiada rujukan sumber. Itu sah dari kilang propaganda dan fitnah. Selalunya untuk buat kita marah! 


❌ Hati2 dengan influencers/ page yang tak guna nama sendiri atau tak tunjuk muka sebenar. Itu majoritinya platform heavy propaganda. Kerja mereka keluar sentimen dan troll belaka. Tak membina minda kita. Depa takut nak menonjol, sebab takut tindakan atas posting yang dibuat. Makanya, tak layak la ratib “berani kerana benar” kan? 


❌ Jangan dilayan taksuber, otak mereka bukan saja dipajak, tapi dah jual habis pada berhala. Kalau nak berdebat pun tak guna. 


❌ Nak politik, politik juga. Tapi jangan la sampai lupa budaya. Maki dan mencerca. Itu bukan budaya kita. Boleh je kita berdebat dengan fakta dan data. Bukan emosi dan sentimen. 


❌ Nak politik, politik juga. Lepas PRN nanti, politikus yang bergaduh ni boleh ketawa sesama. Mereka macam ahli gusti, berlawan tu wayang saja. Kita pulak, ada bermasam muka, hilang sedara mara. Kan ke sia2? 


Itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ni. 


Ingat kita undi untuk negeri dan negara. Bukan untuk parti atau pemimpin berhala.  


Salam hormat,

Liyana Marzuki