PRN N Sembilan: Wajib pertahankan 36 kerusi - Ketua Wanita Amanah Negeri



 Oleh: Abdullah Zaid



Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan wajib mengekalkan kemenangan 36 kerusi yang dipertanding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.



Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) negeri Norwani Ahmat berkata, tekad yang bersandarkan prestasi dan khidmat yang terbaik diberi kepada rakyat sejak 2018 itu perlu perlu dipertahankan dalam PRN nanti.



"Kerusi yang disandang Kerajaan Perpaduan wajib dipertahankan dan kita tidak mahu gugur mana-mana kerusi (DUN)," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.



Beliau yang juga Ketua Amanah Rembau itu berkata demikian apabila ditanya mengenai persiapan jentera blok PH-BN menjelang Pilihan Raya Negeri.



Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_bb0c87bfd0c547f6beeee62138805682~mv2.jpg/v1/fill/w_740,h_511,al_c,lg_1,q_85,enc_auto/4449e2_bb0c87bfd0c547f6beeee62138805682~mv2.jpg

Ketua Amanah Negeri Sembilan Norwani Ahmat (kanan sekali), bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu dan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat Noraini Nordin serta pemimpin wanita negeri.



Mengulas lanjut, Norwani yang juga calon bagi DUN Paroi juga menyeru agar agenda Kerajaan MADANI disokong dan diterjemahkan dalam kertas undi PRN melibatkan enam buah negeri.



"Kita lihat agenda Malaysia MADANI amat menekankan perpaduan agar kemakmuran negara dapat dikecapi.



"Oleh itu, kita perlukan selari dengan kerajaan pusat agar kesepakatan membawa berkat itu dapat kita terjemahkan.



"Ketepikan soal perbezaan, sebaliknya fikirkan masalah yang lebih besar untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara," ujarnya lagi.



Selain Norwani Ahmat, Pakatan Harapan Negeri Sembilan menawarkan 18 calon antara penyadang dan calon Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harin, manakala, Barisan Nasional menamakan 17 calon bagi PRN negeri itu.



Untuk rekod, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 kesemua kerusi dimenangi oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menyebabkan DUN Negeri Sembilan tiada pembangkang apabila Kerajaan Perpaduan dibentuk pada November 2022.



Namun perkembangan terkini, saingan sengit mula ditunjukkan oleh PN di kerusi majoriti 80% Melayu dengan membawa agenda perkauman dan agama sempit.