Perdana Menteri mahu kebebasan media di negara ini diangkat dan diperkasakan bagi memastikan rakyat boleh mendapatkan berita dan maklumat yang adil dan benar.
Bercakap
dalam ucapan peluncuran inisiatif ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’ pada
Khamis, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu juga dapat menangani semua
jenis pembohongan jahat dan berita palsu yang boleh menyemai perpecahan dan
ketidakpercayaan.
Selain
itu, beliau turut mengulangi komitmen kerajaan untuk melaksanakan tatakeloka
yang baik bagi mengembalikan keyakinan semua pihak dan ia hanya akan berhasil
dengan dukungan dan kepercayaan semua pihak terhadap kerajaan.
Tegasnya,
menerusi tatakelola yang baik serta sistem penyampaian perkhidmatan yang
tangkas disokong dengan pembaharuan struktur sistem dan institusi negara dapat
bergerak ke sasaran yang ingin dicapai.
Selain
itu, Perdana Menteri berkata Dewan Rakyat juga perlu diberi peranan yang lebih
luas selaras dengan reformasi Parlimen yang diusahakan sejak 2018.
"Jawatankuasa
Pilihan Khas Parlimen telah dibentuk dan peranan mereka dalam perundangan dan
pengawasan akan ditetapkan melalui pindaan kepada Peraturan Tetap.
"Kerajaan
juga telah memperkenalkan Sesi Pertanyaan Perdana Menteri untuk membolehkan
interaksi secara langsung antara Perdana Menteri dengan Ahli Yang Berhormat
kerajaan dan pembangkang," kata Anwar.
Selain
itu jelasnya kerajaan pimpinannya akan terus bekerjasama dengan Parlimen,
termasuk cadangan pemansuhan sebarang akta yang mungkin mempunyai tujuan pada
masa lalu tetapi kini sudah lapuk malah bercanggah dengan hasrat Malaysia
Madani.