MAT GORGON TERCYDOK DEK KOMEN RAJA GELAP

 






Aku berbesar hati ada MP yang sudi respon kepada komen aku. Sebenarnya bila aku nampak video dia, aku komen je. Tak perasan dia sendiri yang post. Bila dia sudi reply, aku agak terharu la.

Dalam video tu dia kata biar digelar walaun sebab wala kepada kebenaran. Tu yang aku tanya di ruang komen tu kebenaran apa yang ada?

Tapi yang kelakarnya, sebagai pemimpin yang ada jawatan peringkat nasional dalam parti, dia masih mainkan isu liwat. Ada lagi ek orang yang main isu ni. Masih tak cukup lagi ke penjelasan yang ada?

Baru ni pun ada yang DM aku minta cerita tentang isu ni. Mulanya aku fikir tak perlu nak hangatkan isu ni semula. Isu basi. Iswardy pun pernah buat video jelaskan dengan panjang lebar apa yang tak kena.

Tapi tak apalah. Aku tulis sepintas lalu. Sebab kalau yang bertaraf pemimpin pun tak faham, apa lagi walaun. Kalau dorang je tak faham takpe. Ni nanti dia sebarkan cerita tak betul kepada rakyat.

Tapi mungkin ada perkataan yang tak sedap dibaca dalam tulisan ni. Aku minta maaf la awal-awal kalau ada yang tak selesa dengan perkataan tersebut.

Kes Liwat I tak pernah sabit pun. Kes berhenti di tengah jalan begitu je. Sebab terlalu banyak cerita yang tak masuk akal. Salah satunya, berulang kali pinda tarikh kejadian dikatakan berlaku..

Puncanya sebab tempat tu didapati belum siap lagi pada tarikh yang diberi. Kemudian bawa tilam pula ke mahkamah. Siap kata ada bulu DS Anwar lagi pada tilam tu. Rupanya pada tarikh tersebut, tilam jenis tu belum dijual lagi di pasaran.

Tapi DS Anwar dipenjarakan juga atas dakwaan salah guna kuasa. Puncanya DS Anwar beritahu SB supaya jangan keras sangat dengan saksi. 'Cuma gempak sikit je'. Dan berdasarkan pengakuan SB je, DS Anwar pun didapati bersalah.

Untuk Kes Liwat II pula, lebih banyak perkara yang meragukan. Aku pernah kongsi video penjelasan YB Saifuddin Nasution. Antaranya penjelasannya, video Saiful ada pergi ke tempat kejadian cumalah video dia masuk keluar lift je. Masuk rumah tak ada.

Kemudian dikatakan DS Anwar juga ada alibi. Ada tiga individu bersama DS Anwar sepanjang malam di mana kejadian dikatakan berlaku. Tapi individu ini tidak dipanggil oleh mahkamah.

Lagipun, secara logik, takkanlah seorang lelaki yang berusia 24 tahun tak mampu nak tolak/melawan seorang lelaki tua berusia hampir 70 tahun yang mahu meliwatnya? Masuk akal ke?

Paling hebat, Saiful mengaku simpan sperma DS Anwar dalam duburnya selama 3 hari. Peguam DS Anwar, tak salah aku mendiang Karpal, siap tanya Saiful ni selama tiga hari tu dia tak kentut dan berak ke? Paling bisa, dia tanya tak mandi junub? Habis tu tak solat? Termasuk solat Jumaat pun tak pergi?

Aku dah tak ingat exact words yang digunakan oleh mendiang tapi lebih kurang macam tu la soalannya. Jadi dari situ pun kita dah nampak jelas tuduhan tu memang tak logik tak masuk akal.

Sebab tu DYMM Sultan Muhammad yang menjadi YDP Agong ketika PH menang pertama kali, yakin ada penyelewengan dalam perbicaraan sebelum ini dan perkenan untuk beri pengampunan penuh.

Bila pengampunan penuh, maknanya DS Anwar tak pernah disabitkan kesalahan. Rekod dipadamkan. Ia tak pernah berlaku. Jadi sesiapa yang ungkit kes ni bererti tak hormati keputusan YDP Agong.

Begitulah sedikit sebanyak kes ni. Kalau nak cerita secara terperinci memang panjang sangat. Tapi ini pun dah cukup nak tunjukkan tuduhan yang dibuat terhadap DS Anwar memang bermotifkan politik.

Jadi sekarang, tak payahlah nak main isu basi ni. Bagus pembangkang guna isu tadbir urus. Serang kerajaan berdasarkan polisi, tentang ekonomi dan kebajikan rakyat. Bukan isu seperti ini.

Itupun kalau ada kemampuan la. Sebab pemimpin pembangkang ni setahu aku memang lemah soal pentadbiran. Tengok mamat ni je la. Aku sentuh isu lain, dia masukkan isu liwat. Lemahhh. Guane boh?

Raja Gelap

.