MAMPOIH LA HANG SANUSI- SULTAN SELANGOR KATA TAK SELESAI. APA MAKNA , MAKNANYA ...HANG DERHAKA LA.....KALAU AKU JADI SULTAN...SANUSI TAPAK KAKI HANG JANGAN DOK ADA DI SELANGOR 7 KETURUNAN..

 

Dulu hangpa dok kata DAP /PH ni tak hormat Raja Raja Melayu. Hangpa canang merata. DAP komeneh, DAP tolak Raja Raja. PH parti tak hormat Raja Raja Melayu.Mana bukti PH  DAP cakap dan hina Raja-Raja Melayu .

Sekarang Tuhan tunjuk cash. Siapa yang tidak hormat Raja Raja Melayu. Angkuh, tidak hormat Raja Raja Melayu, engkar derhaka. Lihat apa Takiyuddin pernah engkar arahan YDPA ketika kes pembubaran Parlimen. Beliau sebagai menteri perundangan. Apa Takiyuddin buat ? Semua orang tahu.

Kini Sanusi, bukan sahaja dianggap kurang ajar, tetapi beliau menghina Raja Raja Melayu. Inikah MB yang Pas banggakan ?...



Isu Sanusi: Sultan Selangor titah isu belum selesai.



oleh NORAFIZA JAAFAR17 Julai 2023





Ahmad Yunus (gambar kiri) dan Hussein (gambar kanan) menghadap Sultan Selangor susulan kandungan iau ceramah Muhammad Sanusi yang didakwa menghina baginda.

 

Menerusi kemas kini di Selangor Royal Office, pertemuan tersebut diadakan secara berasingan bagi membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi.

Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Isnin.

SHAH ALAM - Kandungan ucapan ceramah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mendapat perhatian baginda.

Pada Isnin, baginda berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan di sini.

Menerusi kemas kini di Selangor Royal Office, pertemuan tersebut diadakan secara berasingan bagi membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi.

Nama Muhammad Sanusi hangat diperkatakan susulan kandungan ceramah yang didakwa meremehkan baginda berkenaan urusan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ucapan Muhammad Sanusi itu telah dimuat naik di banyak saluran media sosial seperti YouTube, TikTok, Facebook serta Twitter.

Susulan itu, beberapa laporan polis telah dibuat mendesak Menteri Besar Kedah itu yang juga Pengarah Pilihan Raya PN disiasat dan diambil tindakan tegas.


Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Isnin.


Nama Muhammad Sanusi hangat diperkatakan susulan kandungan ceramah yang didakwa meremehkan baginda berkenaan urusan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ucapan Muhammad Sanusi itu telah dimuat naik di banyak saluran media sosial seperti YouTube, TikTok, Facebook serta Twitter.

Susulan itu, beberapa laporan polis telah dibuat mendesak Menteri Besar Kedah itu yang juga Pengarah Pilihan Raya PN disiasat dan diambil tindakan tegas.

Dalam pada itu Muhammad Sanusi lalu memaklumkan pihaknya telah mengutus surat kepada baginda Sultan bagi menjelaskan konteks sebenar ucapannya yang didakwa diputar belit.

Ujarnya, Pegawai Istana Selangor memaklumkan kepadanya bahawa Sultan Selangor memberi perkenan untuk menerima dan membaca surat berkenaan pada Jumaat.