Jamzuri Ardani
MP Bachok YB Syahir Sulaiman kata kesan PKP dan perang Ukraine sudah mereda makanya kerajaan madani tak wajar buat perbandingan harga masa ini dengan masa zaman PN.
Apakah YB buta dengan apa yang berlalu di seluruh dunia sekarang ini? Berapa mahal harga barang di negara-negara serantau ASEAN berbanding negara kita? Berapa kadar inflasi di negara seperti US, Eropah, Korea, Australia, Kanada, dan lain-lain, berbanding Malaysia?
Tidaklah YB melihat kepada data dari Jabatan Statistik Negara yang jelas menunjukkan penurunan kadar inflasi yang jelas di bawah pentadbiran kerajaan madani.
Tau lah yang YB nie pembangkang. Tapi jadilah pembangkang yang cerdik dan bertanggungjawab. Jangan sebar berita bohong. Jangan sebar auta. Amanahlah pada diri sendiri.