KERABAT DIRAJA LAPOR POLIS SIKAP SANUSI YANG BIADAP

 



Petang tadi, (2 hari lepas). Ahli Dewan Diraja Selangor buat Laporan polis ke atas MB Kedah. Kerana perlekehkan Sultan Selangor. 


Yang report ni bukan NGO atau geng politik. Ini kerabat DiRaja yang dilantik oleh Istana. 


Menunjukkan satu benda, Sultan Selangor sudah murka. Sampai mintak Polis jalankan siasatan segera. Yang tukang report pun Orang Baginda. 


Saya bagi konteks ya, kenapa Sultan boleh murka: 


1. Sanusi bagi ceramah di Gombak Selangor, dua hari lepas. 


2. Masuk Selangor, dia canang Sultan Kedah paling suci susur galurnya. Takde Sultan lain begitu dalam negara. Katanya lagi Sultan Kedah hebat. Tengok lah MB nya. 


3. Lepas tu dia cakap, Sultan hebat takkan lantik MB cikai macam Amir jadi MB, inci tak cukup pulak tu. 


************************


Banyak betul biadabnya. 


Satunya, hang tu masuk negeri orang. Yang nak tunjuk Sultan hang terpaling hebat buat apa? Dan perlekeh Sultan lain pula. 


On top of that, hang menghina Sultan negeri tuan rumah. Macam lekeh sangat, tak tahu nak lantik MB sendiri. 


Hang bangga pulak, hang datang dari negeri yang hebat, dilantik oleh Sultan yang hebat. Up negeri sendiri kat tempat orang. Berperangai kebudak2an. Antara negeri nak lawan2? 


Apa jenis Melayu yang langsung tak tahu adab masuk negeri orang sampai perlekehkan Sultan mereka?


Harap polis siasat segara. Tolong la jangan biarkan. Nanti berjangkit ke anak kita. Jahanam negara. 


~LM~