Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata sentimen itu
dimainkan PAS dan Bersatu yang menjadikannya pilihan orang Melayu.
Yasmin Abdul Latif - 03 Jul 2023, 8:00am
PETALING JAYA: Seorang penganalisis
berpendapat rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap pentadbiran Perdana
Menteri Anwar Ibrahim lebih kepada isu 3R (kaum, agama dan raja) bukan
ketiadaan hala tuju ekonomi seperti didakwa Khairy Jamaluddin.
Azmi Hassan dari
Akademi Nusantara berkata sentimen itu yang dimainkan PAS dan Bersatu
menjadikannya sebagai pilihan orang Melayu serta Islam meskipun kemampuannya
menguruskan ekonomi belum terbukti.
Menurutnya, orang Melayu telah tawar hati
untuk berpaut dengan Umno yang berada pada kedudukan paling lemah termasuk
persepsi DAP sebagai parti terkuat dalam kerajaan perpaduan.
“Kenapa sokongan
‘gelombang hijau’ itu masih berlaku? Ini kerana faktor 3R dimana pengundi
Melayu masih tertekan melihat seolah-olah kerajaan tidak mampu untuk
pertahankan kepentingan Islam, orang Melayu dan institusi raja itu sendiri,”
katanya kepada FMT.
“Kalau lihat
kenapa orang Melayu tidak puas hati bukan disebabkan ekonomi…memang betul ia
dikatakan agak teruk dengan (menyebabkan) keperitan rakyat, tetapi itu secara
purata.”
Pada 20 Jun lalu,
Khairy, bekas ketua Pemuda Umno berkata kesukaran Anwar mendapat sokongan orang
Melayu lebih kepada rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya yang tiada
hala tuju ekonomi, bukan “gelombang hijau” dibawa Perikatan Nasional (PN).
Bekas menteri
kesihatan itu berkata negara sejak tujuh bulan lalu berdepan masalah
“kekurangan hala tuju ekonomi yang jelas”, ditambah ringgit lemah serta
peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan kuasa beli rakyat.
Penganalisis
keselamatan dan politik Noor Nirwandy Mat Noordin pula berkata ekonomi negara
masih dalam fasa pemulihan dan wajar pentadbiran Anwar yang belum berusia
setahun diberi peluang.
“Sudah tentu dari
segi sentimen dilihat Anwar masih lagi mempunyai tugas perlu diselesaikan, jadi
pentingnya kerajaan diberi ruang dan dibantu dengan pandangan bernas semua
pihak termasuk pembangkang,” katanya.