JANGAN LAGI DI ALIBABAKAN SEMUA SEPERTI SEBELUM INI.


Gin Marvel.


 Ok, apa kesan Elon Musk masuk Malaysia. Pertama sudah tentu dia nak pasarkan kereta elektrik. Keduanya kita perlukan capaian internet berskala besar meliputi pendalaman. Fiber optik hanya terhad di kawasan tertentu, Starlink dari Elon Musk...membolehkan inisiatif jalur lebar tu di perluaskan.


Cuma kami minta sdra Anwar utarakan, harganya pula usahlah ikut kadar di US. Mekanisma harga perlu utk dalaman Malaysia. Rasanya ini tidak jadi masalah, boleh di rundingkan. 


Apa natijah utk pihak telco & fiber optik dari Telekom, Time, Maxis ? Persaingan harga yg lebih murah pada kelajuan lebih tinggi dan lebih kompetitif. 


Kalau ikut peredaran semasa pun pihak telco kawal bandwith dan kapasiti. Di letaknya 50Gb...60Gb...100Gb, tp pd kelajuan 6mbps. Kalau penggunaan internet heavy user, perlu tambah duit lebih. Ini yg menyusahkan! Kadangkala lebih hairan, data internet pengguna berjalan sendiri dgn adanya banyak apps utk di upgrade, kadangkala iklan automatik juga keluar tanpa pelayar. 


Buat langkah pertama, sila pastikan tiada sykt org tengah nak uruskan itu & ini sebagaimana yg dh banyak kali berlaku suatu masa dulu. 


Contoh, AES pun letak pd sykt persendirian tapi tidak pd JPJ. Begitu juga buat universiti guna dana kerajaan, di letakkan management pd sykt org tengah kemudian pihak universiti terpaksa sewa kembali bangunan dari org tengah. Kalau nak lebih faham, kerajaan buat KLIA...KLIA sewa pula bangunan dr sykt org tengah pd harga tinggi. 


Ini adalah beban yg PH warisi. Nak betulkan semua, akan makan usaha dan masa...termasuklah makian dr penyokong politik. Mentaliti dunia ke 3 mmg sebegitu keadaannya.


Teknologi EV perlu masuk ke Malaysia. Yg bekalkan batri kereta Tesla pun teknologi Blade dr sykt BYD China. Kita perlukan kemasukan teknologi dr dunia luar.


Pertanyaan kami, apakah Malaysia juga akan ada tapak utk pelancaran roket ? Indonesia negara yg lebih awal bergerak sebenarnya. Kita di Malaysia ini terbantut dek kerana berebut politik. Bukan nak memerintah pun, tapi lebih kepada inginkan kuasa dan membatalkan banyak pertuduhan salahguna kuasa. 


Oh ya bercakap pasal pertuduhan yg terkait kpd Zahid Hamidi...kerajaan sapa yg lupuskan lebih 40 pertuduhan Zahid ? Bukankah kerajaan 33 bulan abah sembab tebuk atap nkorang ? 😆


Selepas Tesla, harap BYD pula buleh berkunjung di sini.