HARAP CAKAP SERUPA BIKIN.JANGAN CAKAP SAJA.

 



Semalam ada video memfitnah Anwar lagi dan juga kes memperlekeh Sultan Selangor. 


Rasanya macam disengajakan…


*******************

"Berani buat berani tanggung," demikian pesan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Fahmi berkata, tindakan Pengarah Pilihan Raya PAS itu memperlekeh Sultan Selangor berhubung urusan pemilihan menteri besar adalah satu perbuatan biadab.


"Baru-baru ini beliau perlekehkan Sultan Selangor dengan cara mengejek. Itu biadab dan derhaka. Itulah politik Perikatan Nasional (PN).


"Saya tak nak cakap lebih dari itu. Tetapi, selepas peringatan dibuat..berani buat berani tanggung," katanya seperti dilaporkan BH.


Fahmi berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Dewan Serbaguna Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, di Tanjung Karang, malam tadi.


Sebelum ini media melaporkan menteri besar Kedah itu dalam satu ceramah mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor apabila memperlekeh pelantikan menteri besar Selangor.


Menerusi satu video tular Muhammad Sanusi turut memperlekeh Amirudin Shari yang dilabel sebagai "cokia".


Sementara itu, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR menyifatkan tindakan Muhammad Sanusi itu sebagai tidak mempeduli ingatan supaya tidak memainkan isu 3R (Agama, Raja dan Kaum).


Malah, katanya perkara itu telah diingatkan oleh Majlis Raja-Raja, namun bagaikan tidak diendahkan oleh pemimpin PAS itu.


"Ada perkara yang saya tidak boleh terima apabila beliau buat. Sebelum ini, sudah diingatkan jangan sentuh isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R).


"Majlis Raja-Raja sudah bertitah..Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) sudah sebut...Ketua Polis Negara (Razarudin Husain) sudah ingatkan," katanya lagi.