Gino Marvela.
Keduanya nak sentuh isu terkait kpd industri Elon Musk seperti Tesla & Starlink.
Macam2 yg rakyat Malaysia ni bualkan. Antaranya kenapa kita ada fasiliti 4G -5G...pengendali internet sprt Unifi,Maxis,Time dah ada tapi kenapa masih lg tak guna sedangkan kawasan universiti tu dalam kawasan jalur lebar sedia ada, kenapa harga mahal RM2300 & bayaran bulanan RM200 pd kelajuan 100mbp.
Ada ajelah yg tak puas hati, bila tak bawa masuk...di katakan nanti Anwar tak buat keje. Kita bawa masuk, di katakan sedia ada dh ada kenapa tak guna perkhidmatan sedia ada.
Sebenarnya wahai kaum bangsa Malaysia ku oiiii, Starlink tu bawa masuk hanya 40 biji ja. Dan bukan nak letak kat rumah tok nenek hangpa masing- masing pun. Ia lebih praktikal nak guna Starlink ini di kawasan yg kurang liputan jalur lebar fiber & 4g. Memang menteri komunikasi umum 10 biji Starlink antaranya nak guna pd UITM.
Ya, memang betul tak praktikal kalau guna di kawasan yg sedia ada buleh dapat unifi atau fiber telco yg lain. Tapi kita perlu ingat, bagaimana pula di pedalaman sprt Sarawak & Sabah ?
Usah kata Sabah Sarawak, kami berkunjung di Selama Perak pun Celcom takda...Maxis takda...hantu kuning Digi pun lagilah takda. Tak payah jauh, kami berkampung di Batang Kali bawah Genting Highland pun dalam sejam Handphone kena beberapa kali restart pasai tiba- tiba coverage hilang. Bila tanya telco, asyik kata wayar tiang pencawang kena curi.
Jadi apa salahnya kita peruntukkan Starlink buat anak- anak kita belajar di universiti dan keperluan mendesak di lokasi yg tiada capaian internet & tiada fiber...menara telco.
Lebih banyak yg masuk, kelak akan berlaku persaingan harga...jalur lebar fiber yang terhad di rural area buleh di minimakan. Sudah tentu manfaatnya akan pergi ke anak-anak kita yg belajar di luar sana.
Pernah lihat anak kita belajar atas pokok di Sabah Sarawak ? Bukankah kerap kali kita dengar kes sedemikian ? Kalau Starlink itu mahal & tak praktikal, jadi mana telco...tiang menara...wayar fiber & tiang utk membantu mereka ? Awat membisu ?
Ini bukan zaman nak bawa masuk projek dan sakau. Ini zaman di mana bawah Anwar ini semuanya di tumpukan kpd rakyat. Setakat nak sakau dari 40 biji Starlink tu, berapalah yang buleh dapat.
Tu hat genset & tenaga solar ratus juta yang nak di pasang ke sekolah sedangkan tiang tnb 5 meter depan sekolah, di kebasnya lipat ganda. Awat masing2 membisu ?
EV Tesla buleh dapat pada harga RM160k, bawa masuk tanpa AP. Sudah tentu Malaysia letakkan syarat terlebih dahulu sebelom Elon Musk masuk. Pabila Elon sendiri setuju dgn syarat utamakan pekerja tempatan & vendor tempatan yang akan berkolaborasi dlm Malaysia, ini adalah peluang yg baik utk sektor pelaburan. Sikit masa lg sektor Mikro juga akan berkembang baik.
Kita nak bawa FDI untuk bantu pulihkan Malaysia dgn beban hutang RM1.5 trilion. Tapi Starlink kita kondem, Tesla kita kondem, Amazon kita kondem...duit orang kita nak!
Nak macam mana lg agaknya, cukup dengan kangkang saja & makan suap sampai kenyang ?