FIKIR DAN TENANG SEHINGGA PENCAWANG DIPASANG. SAINGAN BAGI KRONI MAHATHIR MAXIS.




ASYRAF JEFFERY

 

Saya bukan nak backup PMX tapi cara brother ini fikir dan kira tidak berapa tepat. Kos dan kemampuan Starlink tidak boleh dikira secara general dan dibandingkan dengan Unifi di rumah anda.

.

 

Kena ingat, Starlink itu sendiri adalah PENCAWANG. Kerajaan tidak perlu bina infrastruktur baru untuk Sekolah-Sekolah di pedalaman. Ini adalah satu penjimatan yang tersangat besar. Lagipun, Starlink bersifat portable,jadi ianya boleh dipindah-pindah mengikut keperluan.

.

 

Dari segi performance, Starlink sudah terbukti mampu perform dengan sangat baik di mana-mana sahaja asalkan mendapat kelulusan Negara tersebut. Ya, kita tidak boleh nafikan yang secara nisbah, performance Starlink lebih rendah berbanding Internet rumah tetapi kita kena ambil kira faktor pertama tadi.

.

 

Kalau kita tengok situasi sekarang, Internet di Sekolah-Sekolah sangat nazak walaupun pencawang dibina berdekatan dengannya. Diharap dengan inisiatif ini mampu menyelesaikan Internet di Sekolah-Sekolah, Cikgu tidak perlu guna duit sendiri untuk layari Internet.

.

 

Dan, sudah tentu pembelian ini adalah serampang dua mata. Dia beli Starlink untuk dapatkan kepercayaan Musk, lalu Musk datang melabur di Malaysia. Apalah sangat 40 unit Starlink dengan pelaburan yang akan masuk nanti kan?

.

 

BTW, saya pun ada deposit Starlink suatu ketika dahulu, masa mula-mula dilancarkan. Statusnya macamana pun saya tidak tahu, haha. Sekian jadi Walanon setelah sekian lama hentam Madanon😂🤣