BEBAN SEBAGAI JANTUNG EKONOMI NEGARA



Adrian Lim



Nak tau kekuatan ekonomi sesebuah negara, kita kene cari di mana jantung ekonomi negara tersebut.


Jantung ekonomi Malaysia ialah Selangor.


Bukan KL.

Bukan Penang.

Jauh sekali Kedah atau Terengganu atau Kelantan atau Perlis.


Sumbangan KDNK Selangor telah meningkat dari 21.9% (2008) kepada 25.5% (2022).


Ertinya pada tahun 2008, daripada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, RM21.90 datang dari bumi Selangor.


Pada tahun 2022, setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, RM25.50 datang dari bumi Selangor.


Ini suatu kebanggaan, tetapi juga suatu beban kepada pentadbiran dan penduduk Selangor.


Sebagai perbandingan, pada tahun yang sama (2022)....


Kedah: 3.4%

Terengganu: 2.5%

Kelantan: 1.8%

Perlis: 0.5%


Sementara bumi Selangor menyumbang RM25.50 kepada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, keempat-empat negeri contoh di atas cuma menyumbang RM8.20 kepada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia.


Sebab itu sesetengah ahli politik dari tempat luar tidak akan faham atau pura-pura tidak faham beban yang ditanggung oleh Selangor. Mereka tidak pernah menggalas beban seberat ini.


Contoh, daripada RM100 yang dijana, hilangnya RM3.40, kesannya tak berapa dirasakan.


Hilangnya RM2.50 atau RM1.80 atau RM0.50... lagilah tidak terasa apa-apa.


Jadi anak-anak dan rakyat Selangor kene jaga Selangor baik-baik.


Saya bukan anak Selangor tetapi saya berterima kasih kepada orang Selangor yang menggalas beban ini.


Saya sedar betapa pentingnya negara ini bergantung pada Selangor.


Kerana hancurnya ekonomi Selangor, hancurlah ekonomi negara.


Hancurnya ekonomi negara, hancurlah ekonomi setiap negeri kat dalam Malaysia ini.