Lantikan kontrak dan lebih sejuta pesara turut akan menerima bantuan khas itu.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas RM300 bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, manakala RM200 untuk pesara kerajaan.
Menteri kewangan itu berkata, veteran tentera dengan atau tanpa pencen turut akan mendapat bantuan khas RM200.
“Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam, termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara..Beliau berkata, ia langkah sementara kerana Putrajaya sedang mengkaji pelarasan gaji penjawat awam, yang dijanjikannya akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.
BERITA LANJUT MENYUSUL