ADA APA PADA NAMA?



Gambar:

Definisi Melayu dalam Perlembagaan. Fasal 160 (2):






1. Saya selalu tertanya dulu, mana datangnya nama “Melayu”? Bila saya kaji baru saya tahu. Banyak teori asal usul nama Melayu. 


2. Ada yang kata, ia merujuk kepada sebuah sungai dalam buku Sejarah Melayu. Ada yang kata, ia datang dari perkataan “melaju” dalam bahasa Jawa. Ada yang kata, Melayu itu maksudnya “mengembara” dalam bahasa Sankrit. Ada juga yang kaitkan dengan Gunung Himalaya. 


3. Apa pun teorinya, satu yang sama. Mereka rujuk Melayu sebagai kaum yang mobile. Tidak duduk setempat. Melayu golongan pengembara di seluruh Nusantara. 


4. Kalau ikut definisi “Melayu” secara literal, ia bermaksud “Makin layu”. Kalau bunga sekiranya ia melayu, kiranya ia tidak lagi segar, nak mati jua. 


5. Kadang saya tertanya, kenapa nama kaum saya begitu, maknanya macam tak best saja. Soalan tu dijawab oleh Atok. Dia kata orang Melayu dulu2, suka bagi nama berlawanan. Kalau nak anaknya cantik, dia gelar anaknya buruk. Kalau nak anaknya putih, digelarnya hitam. Makanya kalau bagi nama Melayu, niatnya terbalik iaitu untuk bagi “Bloom” atau segar mekar. 


6. “Kalau dah 40 kali orang sebut benda yang sama, bukankah dah jadi macam doa?” Saya jawab dalam hati, sebab tak berani. 


7. Dalam bahasa Inggeris pun, maksudnya tak best. Malays bunyinya “Malaise”. Maksudnya tak tenang dan hilang punca. Kalau 40 kali sebut, dikhuatiri makbul belaka. 


8. Dalam Perlembagaan ada definisi Melayu, yang politikus tunggang selalu. Definisi Melayu dalam Perlembagaan ialah mereka yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat budaya Melayu. Bukan itu sahaja. 


8A. DAN yang paling utama, dia perlu penuhi syarat2 ini sebelum atau pada hari merdeka. Barulah zuriat atau keturunannya boleh diterima sebagai Melayu. 


9. Ini ramai yang tak sedar. Bila definisi Melayu itu dibuka seluas2nya. Siapa saja yang boleh cakap Melayu dan beragama Islam, terus diterima jadi Melayu. Ada pemimpin mualaf yang terlajak Melayu pun ada. Walhal kalau ikut Perlembagaan, dia tak layak. 


10. Pada saya, dalam keterujaan pemimpin politik meningkatkan populasi orang Melayu, mereka lupa syarat utama. Bukan semua Ali, Ahmad dan Abu boleh jadi Melayu. Mereka perlu ada Tok Nenek keturunan Melayu sebelum merdeka. Ini ada set2 yang sengaja leka. 


11. Ada apa pada nama? Pada saya ada segalanya. Ia suatu doa. 


12. Namun kini nama kaum saya diperdagang pula. Dek penunggang politik sempit kaum dan agama. Doakan mereka tersedar jua… 


Salam hormat,

Liyana Marzuki