Adrian Lim Chee Ann
Sebab apakah sepanjang 33 bulan PAS berkuasa, tidak pernah dibuat apa-apa untuk mengangkat semula nama seorang Tok Guru yang telah pergi buat selama-lamanya?
Sama ada menyatupadukan keluarga ATGNA ke, ataupun pun buat program-program ilmu untuk mengangkat semula fikrah ATGNA ke, apa-apa lah. Takde langsung. Why? Why?
Tetapi dalam 6 bulan pertama Kerajaan Perpaduan berkuasa pula, PMX telah menyatu semula waris-waris ATGNA dan mengangkat nama ATGNA untuk menerima darjah kebesaran Tan Sri secara posthumous.
Tiba-tiba sahaja, seluruh negara diingatkan bahawa kita pernah mempunyai tokoh dan insan hebat yang bernama Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Bukan sekali tetapi dua kali.
Generasi yang baru kenal politik pun tiba-tiba mencari siapa dia Tok Guru Nik Aziz dan mula membaca tulisan-tulisan dan catatan-catatan lalu tentang Tok Guru Nik Aziz.
Sekitar sebulan dua yang lalu (bulan puasa), semasa duduk makan malam kat sebuah kedai Arab di Jalan Sultan Ismail, kawan-kawan dari PAS ada ceritakan tentang sebuah gerakan sulit di dalam PAS.
Tak pasti betul ke tak. Tetapi orang PAS sendiri yang cakap. Saya pun dengar je lah.
Sejak pemergian ATGNA, pemimpin-pemimpin yang pernah dilihat sealiran atau dianggap "orang Nik Aziz" semuanya telah dibuang atau disingkir.
Seolah-olah wujud gerakan sulit oleh golongan tertentu untuk memastikan legasi Tok Guru Nik Aziz pergi buat selama-lamanya.
Gerakan sulit itu mahu memastikan PAS tidak dilihat sinonim dengan Nik Aziz, tetapi dilihat sinonim dengan seorang lagi tokoh dalam PAS.
Oleh itu, pelopor-pelopor gerakan sulit itu sangat marah dan bengang dengan PMX dan Kerajaan Perpaduan. Lebih-lebih lagi apabila PMX dan Kerajaan Perpaduan mengangkat semula legasi Nik Aziz, kerana ianya bertentangan dengan segala objektif yang dijalankan oleh gerakan sulit tersebut selama ini.
Apa pun, semoga semuanya baik-baik.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Meskipun ATGNA telah pergi hampir 10 tahun, legasi dan nama baik yang ditinggalkan oleh Allahyarham sangat mendalam.