MMMS- MOHD MUKHLIS MHD SYARIFF
Pertikaian Nasional kata tak pernah laporan
Ketua Audit Negara di bahas di dewan rakyat, tak pernah bukan tak boleh.
Parlimen selain dari bahas undang-undang, juga tempat untuk bahas perkara yang
memberi impak besar pada masyarakat dan Negara. Lagi pun nak takut apa kalau
"bersih&stabil", kalau tak ada isu dengan laporan Ketua Audit
Negara, bahas sahajalah, untung-untung boleh jadi testimoni kejayaan Kerajaan
Pertikaian Nasional untuk modal PRN.
Tapi tak pernah orang buat gantung parlimen
alasan darurat padahal tak cukup undi, itu belum masuk bab perbelanjaan
tambahan berbillion lulus luar parlimen termasuklah Janawibawa yang kononnya
untuk bumiputera tapi kita tahu untuk siapa.
Tak pernah di buat orang juga ialah bila YDPA
murka sebab mengelirukan dewan, YDPA suruh buat sidang parlimen tapi mereka
buat bodoh, dan paling kelakar sidang parlimen 2 hari tak ada perbahasan sebab
takut undi tak percaya.
Juga tak pernah di buat orang sampai
Raja-Raja Melayu terpaksa campur tangan bertitah sebulat suara suruh buka
parlimen tapi mereka derhaka, itulah dia Pertikaian Nasional.
Ironiknya laporan Ketua Audit Negara yang
hendak di bahas itu berlaku semasa mereka jadi kerajaan, siap gantung parlimen
lagi. Kini dah jadi pembangkang pun masih takut nak bahas? Jadi kerajaan tak
berguna, jadi pembangkang pun sampah, baik jadi lap kaki pun ada faedahnya dari
jadi MP.